Skip to playerSkip to main content
  • 32 minutes ago
Kutipan di Plaza Tol Eco Grandeur, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) bermula pada 12.01 tengah malam Jumaat selepas lebih lapan bulan pengguna menikmati tol percuma, sejak laluan itu dibuka pada 11 November lalu.

Dalam kenyataan pada Khamis, LATAR memaklumkan, kutipan tol di laluan itu selaras dengan terma Perjanjian Konsesi dan bagi memastikan penyenggaraan, operasi serta penyampaian perkhidmatan lebuh raya kepada pengguna dapat diteruskan secara mampan.
Transcript
00:00Kutipan di Plaza Toll Eko Grand Ria Lebuh Raya Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Latar bermula pada 12.01 tengah malam
00:07Jumaat.
00:08Selepas lebih 8 bulan, pengguna menikmati tol percuma sejak ia dibuka 11 November lalu.
00:14Dalam kenyataan pada Khamis, Latar maklumkan kutipan tol di laluan itu selaras dengan terma perjanjian konsisi.
00:21Selain memastikan segala perkhidmatan, Lebuh Raya kepada pengguna dapat diteruskan secara mampan.
00:29Kenyataan itu menambah Plaza Toll berkenaan antara infrastruktur penting yang menyokong pertumbuhan pembangunan di koridor utara Selangor
00:36dengan menyediakan hubungan lebih cekap antara kawasan perindustrian, komersial dan perumahan di kawasan sekitar.
00:43Pembukaan persimpangan Eko Grand Ria meningkatkan tahap keboleh capaian serta memudahkan pergerakan pengguna
00:49terutama penduduk dan komuniti perniagaan di sekitar Eko Grand Ria, Puncak Alam, Ijok dan Kuala Selangor.
00:58Kadar tol yang dikenakan ialah RM1.15 bagi kenderaan kelas 1, RM2.30 bagi kelas 2, RM3.45 kelas 3,
01:08RM57 kelas 4 untuk teksi dan RM1.15 kelas 5 bagi bas.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended