Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Keputusan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung tahun ini dilihat menjadi petunjuk penting kepada hala tuju Kerajaan MADANI menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), dengan isu ekonomi, komunikasi dasar dan politik identiti dikenal pasti antara faktor yang mempengaruhi sokongan pengundi.
Transcript
00:00Dua pilihan raya negeri PRN iaitu Johor dan Negeri Sembilan dilihat bukan sekadar menentukan pentadbiran negeri, malah menjadi kayu ukur
00:09awal terhadap kekuatan kerajaan madani menjelang pilihan raya umum ke-16 PRU-16.
00:14Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan EMK Malaysia Nabil Halimi berkata, Pakatan Harapan PH perlu melakukan penilaian semula terhadap strategi mereka
00:24kerana pencapaian kerajaan dalam aspek pelaburan dan ekonomi gagal diterjemahkan kepada naratif yang dekat dengan kehidupan rakyat.
00:45Perpukuhkan semula our support based voters dan lihat semula kepada strategi-strategi dalam menangi PRU-16 ke depan ini.
00:56Bagaimanapun beliau berpandangan prestasi PH tidak boleh dianggap gagal sepenuhnya kerana terdapat kawasan yang mencatat peningkatan sokongan terhadap calon parti
01:04itu hasil hikmat kepada masyarakat.
01:07Sementara itu ahli Parlimen Ipoh Timur merangkap ahli CECDAP Howard Lee menyifatkan kekalahan PH dalam dua PRN berpunca daripada manfaat
01:17ekonomi yang masih belum dirasai rakyat.
01:19Kerajaan yang kami sertai atau kami sebagai sebahagiannya belum berjaya nak tukar pencapaian ekonomi makro menjadi di peringkat nasional lah
01:35kepada rasa lega di dapur macik-macik, di kedai-kedai orang meniaga, di gelang-gelang pengeluar-pengeluar dan di tempat
01:46kerja.
01:46Menurut Howard, pelaksanaan dasar seperti SST dan e-invoice dilihat memberi tekanan kepada sebahagian perusahaan kecil dan sederhana ketika ekonomi
01:57tradisional masih berdepan cabaran.
02:00Kedua-dua mereka menyatakan pandangan itu dalam dialog awani pada Kamis.
Comments

Recommended