00:00Tiga anggota polis maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengambil buah kelapa di kampung Western Buford Sabah petang Kamis.
00:09Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, galah besi yang digunakan mangsa dipercayai terkena kabel elektrik sebelum mengakibatkan
00:18ketiga-tiga mereka rebah di lokasi.
00:23Dua lagi anggota yang berada berhampiran cuba membantu mangsa namun turut terkena renjatan sebelum ketiga-tiganya rebah.
00:31Mangsa ialah anggota balai polis Western iaitu Koperal Chiu Teksiong, 40 tahun, Konstabel Muhammad Nur Hafiz Ibrahim, 29 tahun dan
00:40Konstabel Muhammad Raimi Ismarubi, 26 tahun.
00:43Pesuruh jaya polis Sabah, Datuk Jautih Dikun berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga anggota terbabit pergi mengambil buah kelapa sebelum
00:51berlaku kejadian berkenaan.
00:53Beliau berkata ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Buford untuk tindakan
01:00lanjut.
01:01Katanya polis sudah membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan bedah siasat akan dijalankan sebelum mayat diserahkan kepada
01:09waris.
01:09Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang sebelum
01:18tujuh anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Buford dikejarkan ke lokasi.
Comments