Skip to playerSkip to main content
Pelajar kolej didakwa bunuh bayi berdepan hukuman mati, teman lelaki dibebaskan

Seorang pelajar perempuan sebuah kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan pada minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Nurshazwen Mohd Idris, 19, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791094/berita/semasa/pelajar-kolej-didakwa-bunuh-bayi-berdepan-hukuman-mati-teman-lelaki-dibebaskan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #buangbayi

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pelajar perempuan sebuah kolej dihadapkan ke Mahkamah Magistret Kluang pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan yang baru
00:10dilahirkan minggu lalu.
00:11Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Nur Shazwen Muhammad Idris, 19 tahun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nur Hasidah A.
00:21Rahman kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:25Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah rumah Taman
00:36Setia Mutiara Kluang pada kira-kira jam 10 pagi 29 Julai lalu.
00:41Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
00:46Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nek Noratimi Nek Aznan yang memaklumkan tiada tawaran jaminan diberikan memandangkan kesalahan itu tidak boleh
00:56dijamin.
00:57Mahkamah kemudian menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan berdah siasat dan kimia.
01:05Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Muhammad Noh dilaporkan berkata seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun yang
01:15sebelum ini direman berhubung kes sama akan dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan.
Comments

Recommended