Skip to playerSkip to main content
Empat pemilik syarikat berbeza dihadapkan ke mahkamah di atas 30 pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada dua tahun lalu.

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh iaitu Neoh Wooi Lee, 50, Phua Ai Ling, 45, Wong Joon Hong, 40, dan Goh Chee Wai, 43, mengaku tidak bersalah ke atas kesemua pertuduhan ke atas mereka di Mahkamah Sesyen 2 di George Town pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790981/berita/semasa/empat-pemilik-syarikat-hadapi-30-pertuduhan-tipu-ejen-perkeso

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #tipu #Perkeso
Transcript
00:00Empat pemilik syarikat berbeza dihadapkan ke mahkamah di atas 30 pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi penyataan palsu bagi tuntutan insentif di
00:10bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkiso 2 tahun lalu.
00:16Bagaimanapun keempat-empat tertuduh iaitu Nioh Wili, 50 tahun, Pua Ailing, 45 tahun, Wong Junhong, 40 tahun dan Goh Chi
00:26Wai, 43 tahun mengaku tidak bersalah ke atas kesemua pertuduhan ke atas mereka di mahkamah Session 2 di Georgetown pada
00:35Khamis.
00:35Kesemua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 Akta 694 yang boleh dihukum di bawah Seksyen
00:4524 Kurungan 2 Akta Sama.
00:49Tertuduh Wili yang kini bekerja sebagai kerani menghadapi 21 pertuduhan iaitu sebagai pemilik kepada 4 syarikat.
00:56Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menipu ejen Perkiso dengan mengemukakan borang pengesahan pekerja Program Daya Kerjaya 2.0 Perkiso atas nama
01:064 syarikat itu yang dilampirkan di dalam permohonan tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Perkiso.
01:14Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Golden One Stop Services, D1 Solution, SU Wish Enterprise dan Century SS Solution antara
01:2410 April 2024 hingga 26 Ogos 2024.
01:28Tertuduh dibenar ikat jamin RM28,000 dengan seorang penjamin.
01:33Sementara itu, Ailing yang merupakan pemilik syarikat Great Solutions Management turut menghadapi satu pertuduhan bagi kesalahan sama pada 31 Julai
01:432024.
01:45Jun Hong yang merupakan pemilik syarikat JH Food Court pula menghadapi dua pertuduhan sama.
01:51Sementara itu, Chi Wai yang merupakan pemilik syarikat Tojeda Enterprise Sendiran Berhad pula menghadapi enam pertuduhan sama yang dilakukan antara
01:591 Mac 2024 hingga 15 April 2024.
02:03Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi Ailing, Jun Hong dan Chi Wai.
Comments

Recommended