Skip to playerSkip to main content
Pasangan suami isteri tidak mengaku rotan anak hingga berbirat dan trauma

Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Isnin atas pertuduhan melakukan penganiayaan fizikal terhadap anak perempuannya sehingga cedera, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 36 dan 35 tahun, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790602/berita/semasa/pasangan-suami-isteri-tidak-mengaku-rotan-anak-hingga-berbirat-dan-trauma

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #nafirotananakghinggatrauma #kesdera
Transcript
00:00Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Melaka pada Isnin atas pertuduhan melakukan penganayaan fizikal terhadap anak perempuannya
00:10sehingga cedera bulan lalu.
00:12Kedua-dua tertuduh yang berusia 36 dan 35 tahun membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan
00:22Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
00:24Mengikut pertuduhan, tertuduh lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa menganaya anak perempuannya yang berusia 9 tahun 3 bulan sehingga
00:34menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
00:38Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Satu Krobong dalam daerah Melaka Tengah kira-kira jam 7 malam
00:45pada 19 Julai lalu.
00:47Isterinya turut berdepan pertuduhan menganaya anak yang sama di lokasi berkenaan sekitar jam 2 petang pada 21 Julai lalu.
00:57Difahamkan mangsa dirotan selepas menyebabkan adik lelakinya yang berusia 6 tahun menangis selain tidak mengemas bilik tidur.
01:05Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami bengkak, lebam dan berbirat pada badan serta trauma.
01:11Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31-1 Akta Kanak-Kanak 2001.
01:18Mahkamah membenarkan tertuduh lelaki diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala istrinya RM9,000 dengan seorang penjamin.
01:27Selain itu, mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta dilarang
01:36mengganggu saksi pendakwaan, terutama mangsa.
01:39Mahkamah menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments

Recommended