00:00Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Air Keruh pada Kamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang
00:09remaja perempuan berusia 17 tahun pada minggu lalu.
00:13Tertuduh Muhammad Asroy Razali, 38 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
00:21Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di sebuah hotel di Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir dalam daerah
00:31Melaka Tengah sekitar jam 8 pagi pada 1 Ogos lalu.
00:35Difahamkan mangsa mengenali tertuduh sebelum tampil membuat laporan polis susulan kejadian berkenaan.
00:41Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga
00:5220 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
00:57Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments