00:00Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai lepas
00:04di dalam longkang di kilometer 1557 di Lebuh Raya Pepisiran Pantai Barat WCE
00:10arah selatan diipuh pada Rabu.
00:13Menurut Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Supertenden Muhammad Ali Muhammad Jali,
00:18rangka lelaki berusia 3.5 tahun itu ditemukan sepas motosikal yang ditunggangnya
00:23dipercayai terbabas di lokasi kejadian.
00:26Beliau berkata pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.39 petang
00:32selepas pekerja pembersihan yang sedang memotong rumput di lokasi itu terhidu bau busuk
00:36sebelum menemukan rangka manusia bersama sebuah motosikal di dalam longkang.
00:41Hasil siasatan awal, pihak polis percaya semasa kejadian mangsa menunggang motosikal seorang diri
00:45dari arah Teluk Intan menghala ke Sabak Bernam sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjatuh masuk ke dalam longkang.
00:53Mangsa tidak mendapat bantuan sehingga kejadian disedari.
00:57Turut ditemukan bersamanya adalah barang peribadi seperti telefon bimbit, pasport Malaysia dan wang tunai dipercayai milik mangsa.
01:05Muhammad Ali berkata semakan lanjut mendapati satu laporan polis berhubung kehilangan mangsa
01:09dibuat oleh ahli keluarganya di Balai Polis Teluk Intan pada 5 Ogos.
01:13Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan
01:19dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Normah Abu Hassan di talian 010-536-4619.
01:28Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments