Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Polis giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan satu di kawasan Taman Sri Saujana di Kota Tinggi, minggu lepas.
Transcript
00:00Polis giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan 1 di kawasan Taman
00:08Sri Saujana di Kota Tinggi minggu lepas.
00:11Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Osman berkata, pihaknya menerima laporan pada 30 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen
00:1915-A-1 atas kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.
00:24Katanya polis sedang mengesan seorang lelaki bertubuh tinggi, kurus dan berkulit gelap.
00:31Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Zakiah Daud menerusi talian 011-260-46234.
00:42Sebelum ini, tular hantaran dimuat naik seorang wanita mendakwa anaknya dalam perjalanan ke sekolah antara 6.30 hingga 6.40
00:51pagi di ekori lelaki yang menunggang motosikal dengan beg penghantaran makanan.
00:57Lelaki itu didakwa menunjukkan kemaluan dan video lucah pada telefon bimbit serta menawarkan wang sebelum cuba menarik tangan mangsa yang
01:04kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada guru.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended