Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Sebuku roti mungkin kelihatan kecil, namun harga di rak pasar raya menceritakan kisah ekonomi global yang kompleks. Di belakang setiap kenaikan beberapa sen, terdapat faktor cuaca yang tidak menentu, konflik geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan permintaan dunia yang terus meningkat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuku roti mungkin kelihatan kecil, namun harga di rak pasaraya menceritakan kisah ekonomi global yang kompleks.
00:07Di belakang setiap kenaikan beberapa sen, terdapat faktor cuaca yang tidak menentu konflik geopolitik,
00:14gangguan rantaian bekalan dan permintaan dunia yang terus meningkat.
00:17Dalam ekosistem makanan global, gandum kekal sebagai komoditi strategik yang memberi kesal langsung kepada kehidupan seharian pengguna.
00:25Bagi negara seperti Malaysia, yang bergantung hampir sepenuhnya kepada import gandum,
00:30setiap perubahan harga di pasaran antarabangsa membawa implikasi tersendiri kepada industri makanan tempatan.
00:36Mengulas selanjut krisis ini, bersedia di talian adalah Prof. Dr. Nur Syedaman,
00:41Pensyarah Perniagaan Tani dan Ekonomi Bayu Sumber Universiti Putera Malaysia.
00:45Terima kasih Prof kerana sedi meluangkan masa bersama kami.
00:48Pasaran menyatakan stok gandum dunia masih berada pada paras yang sihat.
00:54Tetapi kebimbangan tetap tertumpu kepada aliran bekalan dari Laut Hitam.
00:58Jadi, mengapa gangguan rantaian ini masih mampu memberi tekanan besar, terutamanya kepada harga global?
01:06Ya, terima kasih.
01:08Kita tahu walaupun stok gandum dunia masih berada pada orang kata paras yang agak sihat,
01:14tapi kita perlu bezakan antara jumlah stok dan juga kelancaran bekalan.
01:19Laut Hitam ini penting sebab apa?
01:22Sebab Rusia dan Ukraine ada dekat situ kan yang merupakan antara pembekal utama gandum dunia,
01:28hampir 35%.
01:30Jadi, apabila berlaku gangguan di rantau ini,
01:33masalah itu bukan semata-mata gandum itu tidak ada,
01:37tapi gandum mungkin sukar di ekspor,
01:39kos pengeluaran dan insurans meningkat serta laluan perlenggan itu akan terganggu.
01:43Selain itu, pasaran juga bertindak berdasarkan jangkaan jika pedagang menjangkakan gangguan akan berpanjangan,
01:53mereka akan membelilah lebih awal dan membina stok ini boleh meningkatkan permintaan dan menolak harga itu untuk naik.
02:03Bagi Malaysia, perkara ini penting sebab kita bergantung sepenuhnya kepada impor gandum.
02:10Jadi, kita bukan sahaja terdedah kepada harga gandum dunia,
02:14tapi juga kepada kos-kos logistik dan juga kadar pertekaran uang.
02:19So, stok ini mungkin mencukupi,
02:22tetapi jika alirannya terganggu,
02:25so harga itu tetap boleh meningkatlah.
02:29Macam tu, Nah.
02:31Dan kenaikan harga ketika ini masih kecil, Prof.
02:34Dan apa antara petunjuk utama yang perlu kita perhatikan untuk menentukan
02:38sama ada ini sekadar turun naik pasaran
02:40ataupun permulaan kepada lonjakan harga gandum yang lebih besar?
02:45Mungkin kita boleh melihat petunjuk kenaikan harga ini
02:51daripada lima benda,
02:53iaitu satu tren dipanggil harga gandum lah
02:57sama ada kenaikan ini hanya sementara
02:59ataupun berpanjangan, berterusan.
03:02Yang kedua, petunjuk kedua adalah jumlah ekspor negara,
03:05pengeluar utama.
03:07Jika ekspor berkurangan,
03:08jadi pasaran itu akan menjadi lebih ketat lah.
03:12Kemudian keadaan cuaca,
03:14khususnya kalau kemarau atau penggelombang haba
03:17yang boleh menjinjaskan hasil.
03:19Dan petunjuk keempat adalah kos penghantaran dan insurans.
03:22ini penting bagi negara pengimport seperti Malaysia.
03:26Dan petunjuk yang kelima adalah nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
03:32Sebenarnya gandum ini banyak diniagakan dalam dolar.
03:36Jadi ringgit yang lemah boleh meningkatkan kos import lah.
03:39So kalau beberapa faktor, faktor yang berlaku serentak
03:44seperti harga naik, ekspor turun, cuaca buruk,
03:49kos logistik meningkat ataupun ringgit itu melemah.
03:52Jadi lebih menunjukkan kita ni akan berhadapan
03:56dengan tekanan yang akan berpanjangan lah.
03:58Jadi kita jangan tunggu orang kata
04:02harga tepung ataupun roti itu naik.
04:05jadi indikator di peringkat huluan
04:09perlu dipantau lebih awal lah
04:11untuk mengelakkan risiko-risiko ini.
04:15Ini adalah antara lima komponen utama
04:17yang perlu kita perhati dan membuat pembantauan
04:19lebih awal dan secara berterusan.
04:21Melihat juga antara perkara di peringkat antarabangsa
04:24yang mempengaruhi di pasaran domestik ketika ini
04:27selain daripada konflik Rusia-Ukraine.
04:29Melihat juga keadaan yang kering di Amerika Syarikat
04:31terus memberi tekanannya Prof kepada pasaran.
04:34Jadi adakah risiko geopolitik dan perubahan cuaca
04:37kini menjadi harga makanan dunia lebih sukar diramal
04:40berbanding beberapa tahun yang lalu?
04:44Betul. Geopolitik ataupun perubahan cuaca ni
04:47akan menjadikan harga makanan lebih sukar diramal.
04:51Hari ni kita sebenarnya berhadapan dengan
04:53dia panggil multiple shop.
04:54Kejutan-kejutan geopolitik tadi yang kita sebut
04:58perubahan cuaca, tenaga, logistik,
05:02keadaan pertukaran tu dia kalau
05:04berlaku serentak itulah dia akan jadi multiple shop.
05:08So sebagai contoh kalau konflik boleh ganggu
05:10ekspor dari laut hitam tapi dalam keadaan kering
05:13ataupun kemarau pula di Amerika Syarikat
05:17juga boleh menjejaskan pengeluaran.
05:19Jadi jika dua kejutan ni berlaku serentak
05:21jadi negara pengimport seperti Malaysia ni
05:24mempunyai lebih sedikit pilihan.
05:26Tak ada pilihan ya untuk mendapatkan
05:28bekalan alternatif. Tapi ini tak bermakna
05:33setiap negara, setiap konflik atau kemarau
05:37akan menyebabkan krisis makanan.
05:40Pasaran masih mempunyai stok dan juga
05:44negara pengeluar alternatif kita boleh import
05:47dari negara yang lain.
05:48Tapi yang sebenarnya yang meningkat itu
05:50dipanggil ketidakpastian.
05:53Okey sebab Malaysia sebab itulah Malaysia
05:56perlu orang kata apa beralih kepada
06:00pendekatan reaktif kepada pendekatan
06:03yang orang kata lebih bersedia.
06:04Maksudnya kita kena perbagaikan sumber-sumber
06:07alternatif import tersebut.
06:10Kemudian kita perlu ada stok penimbal
06:12dan juga kita kena pantau lah risiko global
06:14itu lebih awal. Jadi kita mungkin tak boleh
06:18kawal kejutan global itu.
06:20tetapi kalau kita kawal tahap kesediaan
06:24kita itu lebih baik lah.
06:26Melihat kepada Malaysia bergantung kepada
06:28import gandum jelas seperti yang
06:31Prof. Kongsikan kita harus memperbagaikan
06:33sumber kita. Namun untuk memperbagaikan
06:35untuk diversifikasi itu mengambil tempoh
06:38yang agak lama kerana ada beberapa
06:41prosedur ataupun birokrasi yang perlu
06:43kita lalui. Namun pada ketika ini dengan
06:46kebergantungan yang tinggi terhadap import
06:48gandum dengan harga antarabangsa yang terus
06:50meningkat pada masa yang sama
06:51seberapa cepat kesannya atau impaknya
06:55boleh sampai ataupun dirasai kepada pengguna
06:58melalui harga tepung, roti, mie, biskut dan
07:01produk makanan lain yang kita guna dan beli
07:03setiap hari ini?
07:05Ya betul. Sebenarnya kesan kepada pengguna itu
07:09taklah orang kata berlaku secara setemeter
07:12kerana ada pelbagai lapisan dalam rantaian
07:16bekalan daripada gandum impor, pengangkutan,
07:20penghilangan tepung sampai jadi roti, mie, biskut dan produk lain.
07:24Jadi jika kenaikan harga gandum hanya sementara mungkin
07:30penghilang kita boleh serap kos tersebut ataupun menggunakan
07:35stok-stok yang sedia ada. Tetapi kalau kenaikan harga itu
07:39berterusan, so tekanan itu akan tetap meningkat terutamanya
07:43apabila kos lain seperti tenaga, pengangkutan dan
07:47pembukusan turut naik juga. Akhirnya kos itu dia pindah
07:51kepada pengguna. Okey. So bagi isi rumah yang orang kata
07:55berpendapatan rendah, kesan dia itu lebih besar lah kerana
07:59kos makanan mengambil bahagian yang lebih tinggi daripada
08:03perbelanjaan mereka. Jadi bukan kenaikan yang kecil
08:07paling yang membimbangkan tapi kenaikan yang berterusan
08:12dan berlaku bersama kenaikan kos-kos yang lain. Itu yang
08:15kita perlu bimbangkan. Kenaikan kos memang sangat penting
08:20dan perlu diutamakan. Lagi-lagi apabila setiap karsisi itu
08:23berpanjangan dengan tempoh kita tidak tahu bila akhirnya dan
08:27mengambil kira setiap pendekatan strategik yang harus kita
08:31ambil Niprof setelah itu kita harus mengambil kira juga
08:33ataupun melihat kepada situasi worst case scenario. Dalam
08:38contohnya sekira ataupun jika gangguan ekspor laut hitam ini
08:42berpanjangan. Sejauh mana sebenarnya Malaysia mempunyai
08:45pilihan untuk mempelbagaikan sumber import tanpa berdepan
08:49kos yang jauh lebih tinggi yang apa yang kita ada sekarang dan
08:52kita pasti kita boleh laksanakannya. Betul. Sebenarnya Malaysia
08:56ini ada pilihan yang banyaklah untuk pelbagaikan sumber import
09:00termasuk melihat kepada negara-negara pengeluar
09:02alternatif yang lain seperti Australia ke ataupun Canada
09:06ataupun Amerika Syarikat. Gantung kepada keperluan dan
09:08keadaan pesaran lah. Tapi bila kita divert, divert
09:11fiskasikan dia sebenarnya datang dengan kos. Jadi sumber
09:15alternatif mungkin lebih jauh dan kos pengukutannya mungkin
09:19lebih tinggi. Jadi tapi dari sudut pengurusan risiko kalau kita
09:25bayar sedikit lebih untuk keperlbagaian lebih baik daripada
09:30bergantung kepada satu sumber lah. Mungkin yang kita import itu
09:34mungkin kualiti dia tidak sama yang kita import daripada Rusia dan
09:39juga apa Ukraine. Kalau kita import India pula pun ada juga risiko
09:44tetapi kita kena uruskan risiko itu dengan lebih cepat. Jadi
09:50keperlbagaian itu sebenarnya lebih baiklah daripada tidak mempunyai
09:54sumber yang lain. Yang penting diversifikasi ini perlu dihubungkan
10:01sebelum krisis berlaku. Jangan dah berlaku krisis yang kita
10:04namakan krisis itu. Dia menjadi lebih besar jadi kita kena
10:08bertindak lebih cepat. Negara lain pun mungkin akan berebut benda yang
10:14sama. Bukan Malaysia saja nak gandum lah. Jadi Malaysia ini perlu mempunyai
10:18portfolio pembekal yang pelbagai, kontrak yang sesuai dan juga
10:22kapasiti penyimpanan yang mencukupi. Jadi prinsip dia sekarang
10:26jangan tunggu bekalan terganggu bahawa kita nak mencari
10:30alternatif.
10:32Baik betul itu. Saya tuju Prof bahawa kita harus melihat apakah
10:36antara long hanging fruit yang boleh kita lakukan untuk melindungi
10:40keseluruhan ekosistem keterjaminan makanan ini terutamanya. Dan
10:44melihat kepada pengalaman krisis makanan sebelum ini menunjukkan
10:47masalah bukan hanya jumlah bekalan cukup atau tidak tetapi juga
10:52laluan perdagangan dan juga logistik itu sumber ataupun untuk kita
10:56hantar itu adakah ia selamat memakai kos yang tinggi atau tidak cukup
11:02untuk tenaga kerja untuk menghantarnya. Dan jauh mana rantaian bekalan
11:06makanan Malaysia ini cukup tahan untuk menghadapi satu lagi kejutan
11:10global.
11:10Ya betul. Saya melihat Malaysia ini dia ada asas rantaian bekalan
11:18yang kukuh tapi kita masih terdedah kepada kejutan luar sebab kita
11:25bergantung kepada import bagi banyak komuniti dan import makanan yang
11:29kita tak boleh keluarkan lah. So ketahanan makanan bukan soal berapa
11:35banyak makanan yang kita hasilkan. Tapi dia bergantung kepada satu mungkin
11:41pelabuhan, kapal, gudang, pengangkutan, tenaga, perdagangan antarabangsa. Jadi kalau
11:47satu gangguan berlaku pada satu bahagian dia sebenarnya akan memberi kesan lah
11:52kepada keseluruhan rantaian bekalan kita tu. Sebab tu kita perlu membina
11:56beberapa lapisan pelindungan bagi akan sumber, wujudkan stok,
12:03hukukan logistik dan juga kita kena tingkatkan keluaran domestik bagi
12:07komoditi yang sesuai lah. Jadi kita perlukan sistem amaran awal lah untuk kita
12:12memantau harga, dunia, cuaca, konflik, eksport negara pengeluar dan juga
12:17kos pengeluaran. Yang penting kita mempunyai pilihan dan keupayaan untuk
12:22bertindak lah apabila berlaku kejutan jika dia berlaku. Jadi ukuran
12:28ketahanan makanan, resilient terhadap food kita tu bukan sama. So kita dan
12:35kita boleh mengelak semua krisis tapi sejauh mana kita mampu serap
12:40kejutan tu tanpa menjejaskan bekalan dan kemampuan rakyat untuk
12:46mendapatkan makanan. So sebenarnya stok mencukupi tak semestinya bermakna
12:52bekalan tu selamat dan juga risiko terbesar apabila banyak berlaku
12:58kejutan. Jadi Malaysia kena uruskan risiko itu sebelum krisis berlaku lah.
13:03Itu yang perlu kita tekankan.
Comments

Recommended