Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Syria memaklumkan penemuan bahan nuklear di sebuah lokasi yang tidak didedahkan dan mengesahkan ia akan kekal di bawah pemantauan IAEA. Kerajaan Syria menegaskan bahan berkenaan tidak berbahaya dan hanya akan digunakan untuk tujuan aman.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Syria memaklumkan bahan nuklear yang ditemui di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di negara itu tidak mendatangkan bahaya dan akan
00:07kekal di bawah kawalan kerajaan Syria dengan pemantauan agensi tenaga atom antarabangsa IAEA.
00:14Menurut Menteri Luarnya, Assad Al-Shibani, kerajaan Syria telah memaklumkan penemuan bahan berkenaan pada IAEA pada 17 Julai lalu.
00:24Beliau berkata, Syria mempunyai hak untuk menggunakan bahan nuklear itu bagi tujuan aman dan kegunaan awam selaras dengan peraturan antarabangsa.
00:33Sementara itu, Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi berkata, IAEA berjaya mengakses lokasi berkenaan selepas menerima pemberitahuan rasmi daripada kerajaan Syria.
00:44Menurut beliau, kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa Syria membolehkan agensi itu menjalankan pemeriksaan dan pemantauan mengikut prosedur antarabangsa.
00:51Sejak kejatuhan bekas Presiden Bashar al-Assad pada penghujung 2024, kerajaan baru Syria berikrar untuk meningkatkan kerjasama dengan IAEA bagi
01:02menyelesaikan isu berkaitan aktiviti nuklear yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.
01:07Walaupun Syria tidak diketahui memiliki stok bahan nuklear yang boleh digunakan untuk program senjata nuklear, negara itu pernah menjadi perhatian
01:15antarabangsa berhubung isu kemudahan nuklear.
01:17Pada 2007, Israel melancarkan serangan udara ke atas sebuah fasiliti yang disyaki reaktor nuklear di wilayah Deir Azor di timur
01:27Syria.
01:27Perkembangan terbaru itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Syria untuk meningkatkan ketelusan dan memulihkan hubungan dengan badan antarabangsa selepas
01:37perubahan politik yang berlaku di negara tersebut.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended