00:00Polis Pulau Pinang pada selasa melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM13.6 juta
00:06membabitkan 2,436 kertas siasatan daripada Jabatan Siasatan Jenayah JSJ, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
00:18JSJK.
00:19Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Deniz Lim Kuang Kang berkata pelupusan itu melibatkan barang kes daripada kertas siasatan sejak 1997
00:28hingga awal tahun ini
00:29selepas semua kes berkaitan selesai dan perintah pelupusan dipolehi daripada pihak berkuasa.
00:38Katanya bagi JSJ, pelupusan melibatkan 271 kertas siasatan sejak 2019 hingga sekarang dengan anggaran nilai kira-kira RM800,000.
00:47Antara barang kes yang dilupuskan ialah 177 mesin Bitcoin, 2,080 botol arak, 1,183 karton rokok, 30 unit mesin
00:58simulator, 108 pencetak mudah alih dan 122 telefon bimbit.
01:03Deniz berkata barang kes JSJ itu turut merangkumi 26 eksibit berkaitan kontraban, 7 barang kes berkaitan Bitcoin serta 229 barang
01:13kes membabitkan kes perjudian.
01:15Beliau berkata bagi JSJ pula, pelupusan melibatkan barang kes daripada 2003 kertas siasatan sejak 1997 hingga awal tahun ini dengan
01:25nilai dianggarkan RM11.4 juta.
01:28Katanya barang kes itu merangkumi 1,995 kg dadah dan ketum 666 liter cecair berkaitan dadah serta 500 kg bahan
01:38dan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah.
01:40Antara dadah yang dilupuskan ialah heroin, kanabis, ketamin, metafetamin, pelbagai jenis pil dadah serta daun ketum.
01:49Bagi JSJK, Deniz berkata pelupusan membabitkan barang kes daripada 162 kertas siasatan bernilai kira-kira RM1.3 juta antaranya cakra
01:58padat video VCD dan video cakra digital DVD, poster, televisyen dan sistem audio.
02:05Beliau berkata barangan yang mempunyai komponen elektronik atau mengandungi bahan kimia akan diserahkan kepada syarikat bendaftar dengan Jabatan Alam Sekitar
02:13JAS untuk dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan.
02:17Terima kasih telah menonton!
Comments