00:00Tiga individu termasuk bekas ketua pegawai eksekutif sebuah bank pelaburan akan didakwa di Mahkamah Session Kuala Lumpur dan seremban hari
00:09ini berkaitan rasuah.
00:11Mereka akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
00:18Berdasarkan semakan sistem mahkamah, bekas ketua pegawai eksekutif itu akan didakwa dihadapan Hakim Azura Alwi.
00:24Seorang wanita bergelar datuk yang juga pengarah sebuah syarikat pula akan didakwa dihadapan Hakim Susana Husin.
00:31Difahamkan bekas ketua pegawai eksekutif berkenaan bakal berdepan pertuduhan berkaitan rasuah melebihi RM130 juta.
00:39Wanita terbabit pula pernah dikaitkan dengan sebuah pelaburan yang disiasat SPRM dan sebelum ini didakwa atas kesalahan pecah amanah.
00:47Sementara itu, seorang ketua pegawai kewangan sebuah institusi pengajian tinggi swasta akan didakwa di Mahkamah Session Seremban.
00:55Pertuduhan terhadapnya membabitkan nilai rasuah berjumlah RM6.56 juta dan dijangka didengar dihadapan Hakim M. Kunasundari.
01:05Terima kasih telah menonton!
01:06Terima kasih telah menonton!
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments