Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
PBB menyatakan kebimbangan terhadap laporan serangan Houthi ke atas sasaran di Arab Saudi dan memberi amaran bahawa tindakan itu boleh memburukkan konflik serantau. PBB turut menggesa perlindungan terhadap orang awam serta kebebasan pelayaran di Laut Merah dan Teluk Aden.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam sidang media sama, Jurucakap BBB, Stifan Dujarik juga umum kebimbangan terhadap laporan serangan kumpulan Houthi ke atas sasaran di
00:08Arab Saudi yang berpotensi memburukkan lagi konflik serantau.
00:12Katanya, rantau Asia Barat ketika ini sudah berdepan tekanan yang hebat, susulan ketegangan geopolitik dan gangguan terhadap laluan perdagangan antarabangsa.
00:23Menurut beliau, situasi itu turut memberi kesan kepada aliran perdagangan dan bekalan tenaga global yang kini berada di bawah tekanan
00:31yang ketara.
00:32Dujarik turut menggesa supaya semua serangan dan ancaman terhadap pekapalan dihentikan setemerta.
00:39Beliau menegaskan kebebasan pelayaran di Laut Merah dan Teluk Aden perlu terus dihormati mengikut undang-undang antarabangsa memandangkan kedua-dua
00:46laluan itu merupakan nadi penting perdagangan global.
00:49PBB juga menyeru semua pihak supaya melindungi orang awam dan infrastruktur awam daripada menjadi sasaran konflik.
00:56Menurut Dujarik, langkah mengurangkan ketegangan perlu diberikan keutamaan bagi mengelakkan keadaan keselamatan menjadi semakin buruk.
01:04Terima kasih telah menonton!
01:05Terima kasih telah menonton!
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended