00:00Jerman umum bantuan tambahan sebanyak 12 juta dolar bagi menyokong usaha membendung wabak Ebola di Republik Demokratik Kongo.
00:08Menteri Pembangunan Jerman, Rim ala Bali Radovan berkata bantuan itu diberikan ketika Kongo berdepan salah satu krisis kesihatan paling serius
00:17dalam sejarah negara berkenaan.
00:21Menurut Radovan, situasi semasa di Kongo amat membimbangkan dan memerlukan sokongan berterusan daripada masyarakat antarabangsa.
00:28Beliau berkata konflik bersenjata dan masalah keselamatan yang berterusan di beberapa kawasan turut menyukarkan usaha mengawal penularan wabak berkenaan.
00:37Keadaan tersebut menyekat akses petugas kesihatan kepada komuniti yang terjejas dan melambatkan operasi pengesanan serta rawatan pesakit.
00:46Sebagai sebahagian daripada bantuan yang diberikan, Jerman akan menjadikan pelbagai bentuk sokongan termasuk peralatan perubatan, kemudahan makmal bergerak dan latihan
00:55kepada petugas kesihatan tempatan.
00:56Menurut Radovan, latihan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya Ebola serta langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko
01:06jangkitan.
Comments