Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Cadangan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan menggantikannya dengan undang-undang baharu disifatkan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai peluang untuk membentuk sistem pendidikan tinggi yang lebih progresif dan inklusif.
Transcript
00:00Universiti Sains Malaysia USM menyokong Usaha Kementerian Pendidikan Tinggi KPT memperbaharui kerangka perundangan pendidikan tinggi negara termasuk cadangan menggantikan Akta
00:12Universiti dan Kolej Universiti 1971 AUKU dengan undang-undang baru yang lebih menyeluruh.
00:18Naib Chancellor USM, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Muhammad berkata, pembaharuan itu bertepatan dengan agenda pembentukan One Higher Education Act
00:28seperti yang digariskan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2006-2035.
00:36Pendekatan itu wajar dilihat sebagai usaha jangka panjang untuk membentuk sistem pendidikan tinggi yang lebih dinamik, progresif dan bersesuaian dengan
00:44keperluan semasa.
00:45Abdul Rahman berkata, AUKU yang dikenalkan sejak 1971 telah melalui 8 pindaan di Parlimen mencerminkan usaha kerajaan menyesuaikan undang-undang
00:53itu dengan perubahan dalam landscape pendidikan tinggi negara.
00:56Bagaimanapun katanya, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah usaha memperluas otonomi mahasiswa khususnya berkaitan kepimpinan kebebasan bersuara, penyertaan dalam
01:04kegiatan kemasyarakatan serta persediaan mereka untuk memainkan peranan sebagai pemimpin pada masa depan.
01:10Tambahnya, pembaharuan perundangan itu juga perlu mengambil kira keseimbangan antara kebebasan dan tanggungjawab supaya institusi pendidikan tinggi terus mempunyai asas
01:18kukuh untuk melaksanakan fungsi akademik, pendidikan serta pembangunan mahasiswa.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended