Skip to playerSkip to main content
  • 22 minutes ago
Umat Islam diingatkan sentiasa menjaga adab dan akhlak agar tidak melakukan perbuatan tidak bermoal yang bertentangan dengan ajaran agama, apatah lagi di kawasan masjid dan surau.
Transcript
00:00Umat Islam diingatkan sentiasa menjaga adab dan akhlak agar tidak melakukan perbuatan tidak bermoral yang bertentangan dengan ajaran agama.
00:08Apatah lagi di kawasan masjid dan surau, peringatan itu sesulan kes seorang bekas siak yang mengaku bersalah atas tuduhan percubaan
00:17persetubuhan haram
00:18dengan seorang wanita di dalam bilik urus jenazah sebuah masjid di Melaka.
00:25Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halewal Agama Zulkifli Hassan berkata, masjid dan surau merupakan tempat suci yang perlu dihormati serta
00:34dipelihara.
00:35Katanya, setiap individu perlu menyedari segala perbuatan yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan selain sentiasa mengingati nilai dan ajaran Islam.
00:43Kami di peringkat Jabatan Perdana Menteri Halewal Agama ingin memberikan nasihat kepada semua, patuhi undang-undang syariah, jaga akhlak, jaga
00:53adab dan ingatlah apa yang kita lakukan itu
00:56walaupun apa pun akan dilihat oleh Allah SWT. Kita tak dapat lari. Semua kesalahan apa yang kita lakukan akan dihisap
01:06oleh Allah SWT.
01:07Jadi kepada semua, jagalah adab, jagalah akhlak dan juga patuhilah undang-undang.
01:11Beliau berkata demikian selepas perasmian penutupan sukan Peguam Syari'i Sukpes di Universiti Tun Husin On UTHM Batu Pahad, Johor.
01:20Pada 13 Ogos lalu, seorang bekas siak yang berusia 48 tahun dan petugas kebersihan wanita masjid berusia 51 tahun didenda
01:30RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka
01:34selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan haram di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid.
01:40Berdasarkan fakta kes, perbuatan itu dipercayai dilakukan berulang kali di lokasi sama dalam tempoh antara Januari hingga April lepas.
Comments

Recommended