00:00Petugas perubatan dan anggota tentera terpaksa menggunakan kemah sementara untuk merawat mangsa cedera
00:05selepas hospital berhampiran pusat gempa di Nusa Tenggara Timur Indonesia mengalami kerosakan teruk.
00:11Kira-kira 5,000 penduduk dipindahkan selepas gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter
00:17mengegarkan kawasan Timur Indonesia pada Sabtu dan mengorbankan sekurang-kurangnya 51 nyawa
00:23selain menyebabkan tanah runtuh dan memutuskan akses laluan.
00:28Gempa berkenaan turut disusuli 341 gempa susulan dan disifatkan sebagai yang paling dahsyat melanda Indonesia
00:35sejak gempa bumi di Jawa Barat pada 2022 yang mengorbankan ratusan nyawa.
00:41Seorang bangsa, Kumala, 40 tahun berkata dia cuba melindungi dua anaknya ketika batu dan serpihan mula jatuh
00:47sebelum mereka tertimbus di bawah runtuhan.
00:50Menurutnya dia tidak sempat bangun apabila batu mula menimpanya termasuk pada bahagian kepala dan kaki
00:56sebelum dia dan anaknya berjaya diselamatkan.
01:25Seorang lagi bangsa Johana Lydia Nela berkata,
01:28dia terperangkap di dalam bilik yang runtuh ketika gempa berlaku.
01:32Dia hanya sempat melindungi bahagian kepalanya manakala kaki dan badannya dihempap runtuhan
01:37sebelum merangkak keluar selepas keadaan kembali selamat.
02:03Kerajaan Nusa Tenggara Timur sedang mempertimbangkan pengisytiharan darurat bagi membolehkan pihak berkuasa
02:09menggerakkan sumber dan dana bantuan.
02:11Menurut Agensi Geofizik Indonesia, kawasan sama pernah dilanda gempa berukuran 7.5 pada skala Richter pada 1992
02:18yang menyebabkan kemusnahan besar.
Comments