- 10 hours ago
AWANI Borneo Ahad 16 Ogos 2026 bersama Assim Hassan
- Jerebu beransur pulih, semua sekolah di Serian kembali beroperasi Isnin
- Penduduk Pantai Timur Sabah rasa gegaran gempa bumi Sulawesi
- Ekonomi Biru Sabah berpotensi dimasukkan dalam Belanjawan 2027
- Jerebu beransur pulih, semua sekolah di Serian kembali beroperasi Isnin
- Penduduk Pantai Timur Sabah rasa gegaran gempa bumi Sulawesi
- Ekonomi Biru Sabah berpotensi dimasukkan dalam Belanjawan 2027
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Intro
00:07Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Asim Hassan dalam Awani Borneo
00:11Berikut tajuk utama untuk anda malam ini
00:18Sekolah di Serian beroperasi seperti biasa esok
00:25Penduduk Pantai Timur Sabah rasa gegaran kecil
00:33Kerajaan sedia bantu Sabah bangunkan ekonomi biru
00:44Perkawasan di Pantai Timur Sabah merasai gegaran susulan gempa bumi kuat
00:49Bermagnitude 6.1 yang melanda semenanjung Minahassar, Sulawesi, Indonesia tengah malam Sabtu
00:57Gegaran dilaporkan dirasai penduduk di daerah Lahadatu, Tawau, Kunak dan Sempurna
01:06Penduduk Lahadatu dan Tawau yang ditemui memaklumkan gegaran yang dirasai tidak kuat
01:11Malah ada yang hanya mengetahui mengenainya selepas dimaklumkan ahli keluarga
01:16Gegaran semalam itu tidak juga berapa kuat tapi kami tidak panik lah sebab gegaran semalam itu tidak berapa kuat
01:21Jadi kami pastikan keluarga kami tidak panik masa itu
01:25Mungkin ada gegaran sedikit lah cuma tapi tidak rasa lah
01:30Tidak terlampau terasa mungkin tidak terlampau sedar mungkin kebanyakan kan orang tidur nyenyak semalam sama hujan
01:40Jadi mungkin tidak terlalu terasa dengan gegaran sebetul
01:43Tidak ada pula saya rasa gegaran semalam
01:45Setelah saya sudah bangun pagi, saya buka telepon baru saya tahu bahawa semalam ada gegaran
01:50Sementara itu salah seorang pelancong Indonesia yang ditemui memaklumkan
01:55Gegaran kuat dirasai di pekan nunukan pada tengah malam Sabtu
02:00Tadi malam itu saya rasa ada getaran sekitar jam 12 lewat
02:06Jadi ke mana tindakannya apa?
02:10Saya pun kaget, kaget tadi refleks saja kan kenapa goyang ini?
02:16Begitu saja
02:17Med Malaysia memaklumkan gempa bumi berkedalaman 10km itu berpusat di koordinat 0.1 darjah selatan
02:25dan 120.6 darjah timur iaitu kira-kira 116km timur laut dari Palu, Indonesia
02:33berlaku pada 12.25 tengah malam
02:36Med Malaysia sahkan penilaian yang dijalankan mendapati
02:40gempa bumi itu tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia
02:53Dan ini perkembangan jerebu di Sarawak setakat jam 6 petang Ahad
02:58hanya dua kawasan yang catat indeks pencemaran udara atau IPU tidak sihat
03:04iaitu Serian dengan 160 dan Samarahan 116
03:09Susulan perkembangan ini, semua sekolah rendah dan menengah di bawah selian Jabatan Pendidikan Daerah
03:15atau PPD Serian akan beroperasi seperti biasa esok
03:20Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak JPNS dalam kenyataan memaklumkan
03:24sebarang perubahan atau perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
03:32Menurut JPNS, pihak sekolah diingatkan supaya sentiasa mengutamakan
03:36kesihatan, kebajikan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah
03:42khususnya ketika berdepan cuaca panas atau keadaan cuaca yang tidak menentu
03:46JPNS turut mengarahkan semua sekolah mematuhi prosedur operasi standar yang ditetapkan
03:52serta merujuk surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
03:56berhubung langkah kesihatan dan keselamatan murid di kawasan berjerebu
04:00yang dikeluarkan pada Januari 2019
04:02Selain itu, institusi pendidikan di bawah seliaan Jabatan tersebut juga dinasihatkan
04:08mengikuti garis panduan pelaksanaan aktiviti luar semasa cuaca panas
04:12yang dikeluarkan ke Menterian Pendidikan pada Jun 2023
04:15Pihak sekolah turut diminta memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara
04:20melalui portal rasmi Jabatan Alam Sekitar dan sistem pengurusan Indeks Pencemaran Udara
04:25selain mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia
04:29bagi memastikan kesejahteraan warga pendidik sentiasa terpelihara
04:35Bantahan Sarawak kepada Indonesia berhubung isu jerebu rentas sempadan
04:40mendapat reaksi serga Republik itu
04:42Kurang 24 jam selepas bantahan diserahkan timbalan Premier Sarawak
04:47Datuk Amar Douglas ugak embas kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Indonesia
04:54Negara itu memaklumkan usaha mencegah dan memadam kebakaran hutan
04:58dan tanah di kawasan terjejas sedang diperhebat
05:02Konsulat General Republik Indonesia di Kuching pada ahad memaklumkan
05:06negara itu telah melaksanakan tindakan bespadu
05:09merangkumi rondaan amaran awal
05:11pemadaman kebakaran di darat
05:14serta operasi water booming secara berterusan
05:18usaha turut melibatkan operasi pemberian awan
05:21serta penguatkuasaan tegas terhadap kegiatan pembakaran secara haram
05:27Indonesia turut komited memperkukuh komunikasi
05:30perkongsian maklumat dan kerjasama serantau bersama pihak berkepentingan termasuk Sarawak
05:35menerusi kerangka perjanjian pencemaran jerebu merentasi sempadan ASEAN
05:41pada ahad ugah berkata
05:42pihaknya masih berdiplomasi berhubung isu ini dan yakin Kementerian Berkaitan
05:47akan menyuarakan bantahan dan kebimbangan Sarawak
05:50dalam mesyuarat peringkat ASEAN
06:02selepas bertungkus lumus selama tujuh hari kebakaran hutan besar di jalan ke Jatau Lingga
06:08Sri Aman akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada ahad
06:12timbalan pengarah bomba dan penyelamat Sarawak
06:15Tiong Linghi berkata operasi ditamatkan sekitar jam 12 tengah hari
06:20setelah berlaku hujan lebat semalam
06:24pihak bomba katanya melakukan total flooding selain kaedah pemadaman secara terus
06:29bagi mengelak api merebak atau terbakar semula
06:34bomba dan juga agensi-agensi bantuan yang lain dalam melakukan kerja-kerja pemadaman
06:41so buat masa sekarang anggota ditar pagi tadi melakukan kerja-kerja akhir pemadaman
06:49bagi beberapa tumpuk yang masih tertinggal dan kita telah berdaya memadam sepenuhnya kebakaran
06:58yang berlangsung selama tujuh hari
07:01so sekarang anggota masih lagi membuat kerja-kerja pengemasan, peralatan
07:07dan kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi-agensi yang terlibat dalam operasi pemadaman
07:18Kebakaran yang bermula istin lalu katanya telah memusnahkan 80 hektare kawasan hutan
07:23dengan pasukan pemadaman berdepan isu tanah gambut
07:27serta angin kencang yang menyebabkan api merebak dengan pantas
07:35Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan parlimen di seluruh negara
07:41yang akan disalurkan secara terus untuk memastikan keperluan dan bantuan mendesak rakyat dapat dilaksanakan segera
07:49Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membolehkan keperluan rakyat
07:54khususnya membabitkan kebajikan kemudahan asas dan masalah setempat ditangani dengan lebih pantas
08:00tanpa dimelenggu birokrasi berlebihan
08:03Malah hari ini saya nak umumkan untuk setiap kawasan parlimen
08:08langsung kepada rakyat
08:11saya umumkan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan parlimen
08:21Ekonomi Biru Sabah berpotensi dimasukkan dalam Belanjawan 2027 dengan Kerajaan Persekutuan
08:27akan memperhalusi cadangan pembangunan sektor itu bersama Kementerian Berkaitan
08:32Menteri Kewangan 2 Datuk Sri Amir Hamzah Azizan berkata
08:35mekanisme ekonomi biru yang dirangka Kerajaan Sabah mempunyai potensi besar
08:40untuk menjadi pemacu ekonomi baru negeri itu
08:44perkara tersebut antara fokus utama jelajah Belanjawan 2027
08:48yang bermula di Sabah dengan Kerajaan Negeri dan Pemain Industri
08:51mengemukakan cadangan bagi memperkukuh sektor ekonomi biru
08:57Menurut Amir Hamzah cadangan yang dikemukakan akan diperhalusi sebelum dikenalpasti
09:03untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2027 atau dibawa ke rancangan pembangunan pada tahun-tahun berikutnya
09:10Saya rasa hari ini seperti kita mula dengan Sabah Maju Jaya
09:15menerangkan dari segi pendekatan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah
09:22di mana dia dah desain mekanisme blue ekonomi yang penting untuk Sabah
09:28daripada perancangan-perancangan yang ada itu kita akan berbincang dengan
09:33kementerian yang berkenaan untuk memasukkan inisiatif yang baik
09:39ke dalam Belanjawan 2027 dan mungkin beberapa cadangan itu kita boleh bawa ke tahun ke depan
09:47kerana dia menjadi teras dan asas untuk blue ekonomi
09:50Sabah juga memberi wish list dia untuk consideration untuk federal government
09:56dan kita akan memperhalusi
09:58Beliau ditemui selepas menghadiri sesi libat urus Kementerian Kewangan Kedua
10:03bersama pemain industri ekonomi biru
10:06sempena jelajah Belanjawan 2027 di Borneo Royal Tawau pada Ahad
10:11Amir Hamzah berkata
10:13Sabah mempunyai kelebihan besar untuk membangunkan ekonomi biru
10:18berikutan kekayaan sumber laut dan sungai
10:22Katanya sektor itu bukan hanya merangkumi pelancongan merin
10:26sebaliknya turut membuka ruang kepada pembangunan perikanan laut dalam
10:30akuakultur dan industri pemprosesan hasil laut bernilai tambah
10:35Antara sektor yang sudah menunjukkan potensi ialah industri rumpai laut
10:39apabila hasil tanaman tempatan diproses sebelum diekspor ke pasaran antarabangsa
10:45termasuk China dan United Kingdom
10:47Kerajaan Persekutuan juga akan meneliti keperluan infrastruktur
10:52serta pembiayaan bagi membantu pemain industri mengembangkan sektor ekonomi biru
11:02Sarawak terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama
11:06dan hak tenaga hijau yang sedang berkembang di Asia Tenggara
11:09menerusi meja bulat pelaburan strategik Sarawak-China di Shanghai
11:13Delegasi yang diketuai Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa
11:18Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan
11:22mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat terkemuka China
11:25bagi menarik pelaburan dan memperluas kerjasama strategik
11:31Majlis itu turut menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum perjanjian MOA
11:36dan memorandum bersefahaman MOU antara syarikat dari Sarawak dan China
11:40Menurut Awang Tengah, pelabur China komited melabur lebih RM25 bilion di Sarawak
11:46dalam sektor seperti tenaga solar, industri berasaskan kayu, drone dan penyimpanan bateri
11:51Katanya, Sarawak bukan sekadar mencari pelaburan
11:55malah menawarkan peluang perkongsian strategik selaras dengan strategi
11:58pembangunan pasca COVID-19 2030
12:01Antara bidang kerjasama yang menjadi tumpuan ialah tenaga hijau dan penyimpanan bateri
12:06ekonomi kitaran, automasi dan robotik
12:09serta pembangunan infrastruktur digital dan kecerdasan buatan AI
12:13Sarawak turut bekerjasama dengan institusi pendidikan China
12:17untuk memperkasa pembangunan kemahiran teknikal, tenaga kerja tempatan
12:21manakala Mintret dan Invest Sarawak komited membantu pelabur
12:25dalam pelaksanaan operasi di negeri itu
12:32Sajak siulan bayu damai di Lembah Sejahtera Nukilan Akmal Aizat Abdul Aziz
12:38membawa tuah kepada Khalid Hussaini
12:40apabila dinobatkan sebagai juara sembara deklamasi puisi kemerdekaan ke-40 di Kuching pada Sabtu
12:49Khalid yang mewakili Sarawak melewaskan 16 peserta lain
12:53untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofik emas dan pesalinan pakaian yang turut bernilai RM5,000
13:03Hadiah disampaikan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak
13:08Datuk Sri Abdul Karing Rahman Hamzah yang mewakili Premier
13:11Kita juga perlu membawa sastra kepada ruang-ruang yang baru ini
13:17Saya melihat terdapat ruang yang amat besar untuk kita menggabungkan sastra dengan teknologi digital
13:29puisi boleh dipersembahkan melalui film Nenek
13:37animasi, muzik, persembahan digital dan juga pelbagai bentuk kandungan kreatif
13:47yang mahu menarik minat generasi-generasi muda
13:53Dalam cara ini, hanya sastra, karya sastra bukan sahaja dapat diperlihatkan
14:04tetapi boleh diperkenalkan pada halayat yang lebih kuasai
14:10termasuk di perintah asyarakat
14:14Dalam sayembara tersebut, pendeklamator perak Nur Azli Sudin merangkul Naib Johan
14:20manakala Farah Nabila Nur Anwar memenangi tempat ketiga
14:2417 perserta mengambil bahagian dalam sayembara ini
14:27termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis di Raja Malaysia
14:34Baiklah laporan itu mengakhiri Awani Borneo untuk hari ini
14:37Saya Asim Hassan, salam hormat kita jumpa lagi
Comments