00:00Wang hibah diagihkan oleh lembaga tabung haji pada tahun defisit terutama dalam tempoh 2014 hingga 2020 adalah sah milik pendeposit.
00:10Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan JMWP memaklumkan wang diterima pendeposit itu tidak dikategorikan sebagai harta haram atau syubahah yang wajib dipulangkan
00:21kerana penerimaannya berasaskan akad hibah yang telah sempurna syarat penyerahan.
00:28Jabatan itu memaklumkan mana-mana jemaah yang telah menunaikan ibadah haji menggunakan wang hibah pada tempoh berkenaan, ibadah haji mereka
00:35adalah sah dan tidak terjejas.
00:38Kenyataan jabatan itu diterbitkan menerusi artikel di ruangan tinta mufti di laman sesawang JMWP pada ahad.
00:44Artikel itu diterbitkan bagi memberi pencerahan dari sudut fiqh muamalat susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI berhubung pengurusan dan
00:54operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 yang mengundang keraguan dalam kalangan pendeposit berhubung status hibah diterima mereka.
01:02Mengulas lanjut, jabatan itu memaklumkan pada tempoh masa tersebut kontrak yang berlaku antara pendeposit dan TH ialah kontrak wadi'ah
01:11yet damanah iaitu simpanan berjaminan atau TH dianggap meminjam wang daripada pendeposit untuk digunakan bagi tujuan pelaburan dan lain-lain.
01:19Sehubungan itu, jabatan itu menjelaskan TH tidak boleh menjanjikan sebarang keuntungan sebaliknya pulangan yang diberikan kepada pendeposit berstatus hibah yang
01:28bersifat sukarela.
01:30Maka apabila hibah yang diisytiharkan telah dimasukkan ke dalam akaun pendeposit, ia dianggap telah berlaku kabut dan hukumnya sah menjadi
01:38hak milik pendeposit.
01:40Malah kegagalan mematuhi piawaian perakaunan atau pelanggaran undang-undang oleh pihak pengurusan tidak membatalkan keabsahan kontrak pemberian hibah tersebut di
01:49sisi syarak.
01:51Selain itu, JMWP memaklumkan segala isu salah takbir urus akaun, ketidakpatuhan akta dan pelaporan perakaunan kreatif menjadi beban tanggungan pihak
01:59pengurusan pada ketika itu.
02:01Bukannya bebanan pendeposit atau orang awam yang tidak mengetahui realti kedudukan kewangan dalaman.
02:06Dalam keadaan berlakunya kekurangan terhadap transaksi lepas yang telah sempurna dan dilaksanakan secara meluas syarak turut mengiktiraf pendekatan mengesahkan transaksi
02:15yang telah berlaku
02:16serta mengangkat kesukaran merupakan prinsip yang diterima dalam syarak demi menjaga hak pihak yang berkontrak bagi mengelak kemudaratan lebih besar.
02:24Dalam pada itu, JMWP menyifatkan langkah TH beralih kepada kontrak wakalah bermula Desember 2019 adalah satu tindakan amat tepat.
02:33Ini kerana institusi itu bertindak sebagai ejen pelaburan dengan pulangan diagihkan berasaskan keuntungan bersih sebenar hasil pelaburan, bukan lagi atas
02:42nama hibah sukarela.
02:44Oleh itu, jika berlaku keadaan tidak ada keuntungan atau defisit pada masyarakat, TH secara otomatik tidak boleh mengagihkan sebarang pulangan.
02:51Hal ini menutup ruang amalan tidak cermat, meningkatkan kehematan dan memastikan ketelusan sepenuhnya.
Comments