Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Anthony Loke Siew Fook berkata keputusan itu memberi mandat kepada kepimpinan parti untuk meneruskan peranan dalam kerajaan dan melaksanakan agenda reformasi.
Transcript
00:00Majoriti perwakilan DAP memilih untuk kekal dalam kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga akhir
00:09penggal.
00:10Keputusan itu diumumkan Speaker Persidangan Cha Ki Chin selepas proses pengundian pada Persidangan Kebangsaan DAP kali ke-60 di Pusat
00:19Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Ahad.
00:22Sejumlah 1,857 unti sokong kekal.
00:30Ia bersamaan dengan 88.2%.
00:34Manakala 242 undi keluar bersamaan dengan 11.5%.
00:45Jadi keputusannya dengan suara Majoriti melalui undi sulit
00:51sebanyak 1,857 undi kekal untuk pemimpin kita kekal dalam kerajaan persekutuan kita.
01:03Setia Usaha Agung DAP Anthony Loke berkata,
01:07keputusan itu memberi mandat kepada kepimpinan parti untuk meneruskan peranan dalam kerajaan dan melaksanakan agenda reformasi.
01:16Jadi ini merupakan satu mandat kepada CEC dan kepada pemimpin-pemimpin parti yang mewakili parti dalam kerajaan
01:26untuk terus berkhidmat, untuk terus meneruskan kerja kita, untuk meneruskan agenda reformasi
01:34dan supaya kita dapat memberikan fokus dan tumpuan untuk melaksanakan perubahan-perubahan dan janji-janji yang telahpun kita janjikan dalam
01:44manifesto Pakatan Harapan.
01:46Tambah Anthony antara reformasi yang mahu dilaksanakan termasuk pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya
01:54serta mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.
02:01Beliau menegaskan perkara itu bukan agenda DAP semata-mata,
02:05sebaliknya telah dipersetujui bersama dalam Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan.
02:11Selain itu, DAP akan membawa pandangan serta maklum balas perwakilan kepada kerajaan melalui saluran kabinet
02:19termasuk desakkan supaya kerajaan lebih tegas dalam melaksanakan perubahan.
Comments

Recommended