00:00Seorang pegawai kanan kerajaan tempatan maut ditembak manakala seorang lagi cedera dalam kejadian di Thailand jam 11 pagi Isnin.
00:09Susulan kejadian itu, seorang bekas ahli parlimen Thailand ditahan selepas insiden berkenaan yang berlaku di Pejabat Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Non
00:16-Taburi berhampiran Bangkok.
00:18Dan suspek Chalong Riu Rang ditahan selepas kejadian yang mengorbankan Ketua Eksekutif Pertubuhan Pentadbiran Berkenaan, Tong Chai Yan Prasert.
00:26Pemandu Tong Chai turut cedera ditembak di lengan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
00:31Pihak polis mengesahkan suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu dengan siasatan awal dipercayai berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan wang.
00:40Insiden berlaku hanya beberapa hari selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah di wilayah sama yang mengorbankan sekurang-kurangnya 8 mangsa.
00:47Ini sekaligus menimbulkan kebimbangan baru mengenai keselamatan awam di Non-Taburi.
00:52Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan bagi menentukan keseluruhan motif setiap rentetan kejadian ini.
Comments