00:00Kerajaan Vietnam bercadang untuk mengurangkan cukai pendapatan sebanyak 30%
00:05bagi perniagaan kecil dan perniagaan isi rumah.
00:08Cadangan itu melibatkan perniagaan dengan hasil tahunan sehingga 10 bilion dong Vietnam
00:13bersamaan kira-kira $380,000 Amerika.
00:20Cadangan pengurangan cukai itu akan dilaksanakan bagi tempoh 2026 hingga 2027
00:26tertakluk kepada kelulusan Parlimen.
00:28Cadangan berkenaan dijangka dibentangkan kepada Parlimen Vietnam untuk kelulusan bulan ini.
00:33Langkah itu bertujuan menggalakkan perniagaan kecil dan sederhana
00:37meningkatkan aktiviti pengeluaran serta operasi perniagaan mereka.
00:41Vietnam kini menyasarkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar atau KDNK
00:45melebihi 10% setahun bagi baki dekad ini.
00:49Pengurangan cukai itu dilihat sebagai antara langkah kerajaan
00:52untuk menyokong sektor perniagaan dan mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi berkenaan.
00:58Terima kasih.
00:58Terima kasih.
00:59Terima kasih.
Comments