Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Lebih 5,000 penduduk terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka di Darfur Barat, Sudan susulan pertempuran antara tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF). Sebahagian besar mangsa dilaporkan mendapatkan perlindungan di Chad ketika krisis kemanusiaan Sudan terus meruncing.
Transcript
00:00Lebih 5,000 penduduk kehilangan tempat tinggal di Dhafo Barat, Sudan akibat pertempuran berterusan antara tentera Sudan dan Pasukan Sepada
00:07Tentera Rapid Support Forces atau RSF.
00:10Dalam satu kenyataan pada Ahad, Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi IOM maklumkan, Pasukan Matriks Penjajakan Perpindahan DTM menganggarkan seramai 5,135
00:19penduduk terpaksa melarikan diri dari 10 kampung di kawasan Sirba, Dhafo Barat setakat 8 Ogos.
00:28Perpindahan besar-besaran itu berlaku susulan pertempuran yang tercetus di kawasan Bir Saliba yang terletak di utara bandar El Jinina.
00:36Menurut IOM, sebahagian besar keluarga yang terjejas telah menyeberangi sempadan ke negara jiran bagi mendapatkan perlindungan.
00:43Pada Sabtu lalu, Gubernur Darfur Mini Arko Minawi berkata tentera Sudan berjaya menangkis serangan besar-besaran yang dilancarkan RSF ke
00:51atas Bir Saliba.
00:52Kawasan berkenaan mempunyai kepentingan strategik kerana kedudukannya di sepanjang laluan utama menuju ke El Jinina, ibu negeri Dhafo Barat.
01:01Bir Saliba juga sering menjadi medan pertempuran antara tentera Sudan, RSF dan kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan keduduk pihak.
01:08Konflik antara tentera Sudan dan RSF tercetus sejak 15 April 2023 berikutan pertikaian mengenai cadangan pengintegrasikan RSF ke dalam angkatan
01:17tentera negara itu.
01:18Peperangan yang berlarutan lebih tiga tahun itu telah mengorumbangkan puluhan ribu nyawa serta mencetuskan salah satu krisis kemanusiaan terbesar di
01:26dunia.
01:26Sehingga penghujung Jun 2026, IOM rekodkan kira-kira 8.69 juta penduduk hilang tempat tinggal di seluruh Sudan.
01:34Dalam tempoh sama lebih 4.64 juta individu, dilaporkan telah kembali ke kawasan asal masing-masing sama ada dari dalam
01:41Sudan atau selepas pulang dari luar negara.
Comments

Recommended