- 6 hours ago
Pelaburan domestik di bawah GEAR-uP melonjak kepada RM20.3 bilion pada 2025, hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Bagaimana program ini diterjemahkan kepada pekerjaan berkualiti, gaji lebih baik dan pertumbuhan sektor strategik negara? Kupasan lanjut bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, itu adalah sebersikit untuk kita memahami bagaimanakah laporan program GEAR UP 2026 ini.
00:06Setelah itu, ia telah menunjukkan bagaimana pelaburan strategik GLIC dan GLC menyokong pembangunan sektor bernilai tinggi,
00:14mewujudkan pekerjaan berkualiti serta kukuhkan lagi daya saing ekonomi Malaysia.
00:18Dan ukuran sebenar kita tahu kejayaan bukan sekadar nilai pelaburan, sebaliknya sejauh mana modal ini berjaya wujudkan pekerjaan berkualiti,
00:26tingkatkan gaji dan membina industri strategik yang mampu memacu pertubuhan ekonomi negara dalam jangka panjang.
00:33Dan sudah bersedia dalam talian untuk bantu kami faham adalah Dr. Mohd Al-Swanizm Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank,
00:39Mohd Al-Malaysia Berhad. Saya nak ucapkan terima kasih Dr. Kerana sedi meluangkan masa bersama kami.
00:44So, tentu kita dapat saksikan angka yang sangat bermakna dan bernilai.
00:47Ia telah memacu pertubuhan ekonomi negara dengan mempunyai dua hala tuju untuk menyaikkan siling, naikkan lantai, luaskan lantai.
00:54Dan GAP ini berjaya lonjakan pelaburan RM20.3 bilion pelaburan domestik, hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
01:01Namun, bantu kami faham, Dr. Apa antara ukuran sebenar kerjayaan program ini yang dapat kita dalami?
01:09Baik, terima kasih Nina. Apabila Nina sebutkan angka seperti aset under management ataupun aset diwapurusan itu,
01:16di kalangan GLIC bernilai RM2.2 triliun ringgit.
01:23Kemudian, dari segi nisbahnya kepada KDNK negara adalah 108% daripada GDP negara kita.
01:31Ini berarti walaupun kita ada lebih kurang 6 GLIC yang menerajui ekonomi negara, namun skala saiz asetnya begitu besar.
01:41Justru ini menunjukkan bahawa apa sahaja bentuk modal yang digembleng untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara
01:50sudah pasti sepatutnya lah memujukkan suatu impak yang besar.
01:54Dan tadi disebut tentang berkenaan gaji, apa ni, living wage dan sebagainya,
01:59yang dinikmati di kalangan para pekerja di dalam GLIC dalam sekitar 189 ribu orang.
02:07Namun, kita perlu akui bahawa kita mempunyai guna tenaga yang berjumlah 17 juta orang.
02:15Setakat 17.3 juta orang pada bulan Mei yang lalu.
02:20Justru apa yang kita mahukan adalah daripada pengembelingan dana ini
02:26seharusnya akan dapat mewujudkan suatu ekosistem perniagaan yang berdaya saing
02:31yang akan dapat menawarkan gaji yang baik kepada para graduan kita
02:38dan sudah pasti kita mahukan suatu pertumbuhan ekonomi yang sangat-sangat mementingkan
02:45dan kompetisi ataupun persaingan yang adil, yang saksama, yang telus dan cekap.
02:51Jadi, ini sepatutnya saya rasa kalau nak dikatakan ukuran sebenar kerjaan
02:56ini adalah ukuran sebenar kerjaan yang sepatutnya didambarkan oleh usaha gear up ni
03:01dan bukan semata-mata menekankan kepada angka yang besar itu.
03:06Baik-baik, penting untuk kita meneliti dan menilai antara impaknya.
03:10Tentu ramai juga berkata sebagian besar pelaburan strategi hari ini dipacu oleh GLIC
03:16dan ramai juga yang berpesoalkan mengapa GLIC ini memimpin.
03:20Adakah ini disebabkan sektor swasta menunjukkan mereka masih berhati-hati
03:24untuk mengambil risiko atau sememangnya menjadi tanggungjawab GLIC
03:27untuk menjadi pemangkin sebelum pelabur swasta menyusul?
03:32Baik, saya suka soalan ini, Nina.
03:34Pertamanya kita perlu fahami tentang GLIC ini sendiri
03:38kerana rata-ratanya GLIC ini boleh dikatakan sebagai pengurus dana
03:42dan sudah pasti sebagai pengurus dana
03:45cara mereka beroperasi itu amat berbeza dengan usahawan
03:50kerana kalau pengurus dana ini dia adalah pengiraannya itu
03:53dari segi due diligence-nya, mereka akan menilai portfolio mereka
03:58dari segi pulangan pelaburan dan risiko pelaburan
04:02dan melakukan pelbagai usaha optimisasi dan sebagainya.
04:06tetapi kalau bercakap tentang usahawan ini
04:09memerlukan suatu ekosistem ataupun skillset yang
04:12sangat berbeza. Itu utamanya dari segi selera risiko
04:16ataupun risk appetite. Kalau saya boleh melihat figura utama
04:21seperti Tan Sri Tony Fernandez, Ramli Berger dan sebagainya itu
04:26sudah pasti mereka-mereka ini, Karol Amir sebagai contoh juga
04:29juga orang kata itu risiko sebagai usahawan itu sangat-sangat berbeza
04:34dan cara mereka membuat keputusan juga saya kira juga berbeza
04:38dari segi pengurus dana di GLIC ini.
04:41Justru kita perlu fahami dua kerangka yang berbeza ini
04:44dan bagaimana GLIC pula mahu menjadi suatu pemangkin
04:48dalam menggerakkan sektor swasta.
04:50Justru bukanlah kita kata sektor swasta itu tidak yakin
04:55tapi kalau dalam ekonomi kita selalu bercakap tentang
04:58crowding out effect. Maksudnya peranan kerajaan
05:01dan juga agensi-agensi itu begitu besar
05:03menyebabkan sektor swasta itu tidak yakin untuk melakukan pelaburan.
05:07Jadi ini satu perkara yang perlu dielakkan.
05:10Prinsipnya adalah crowd in dan bukan crowd out.
05:13Jadi maksudnya itu dah yang saya rasa menjadi persoalan utama
05:17mengapa saya kira sektor swasta yang genuine betul-betul swasta ini
05:21merasai ada permasalahan dari segi bagaimana mereka mahu
05:25kata itu terus melaporkan dalam keadaan yang lebih kondusif untuk mereka.
05:31Dan melihat juga kepada pelaburan ini kita dapat saksikan
05:34kepada pemilihan sektor tertentu dengan semiconductor,
05:37infrastruktur digital dan juga tenaga menerima tumpuan utama.
05:41Melihat kepada sorotan laporan ini,
05:43RM1.4 bilion disalurkan untuk tingkatkan rantai nilai
05:47sambil konduktor, RM1.8 bilion untuk kukuhkan lagi
05:51infrastruktur digital dan logistik melalui program MyGearUp ini.
05:54Jadi doktor, bagaimana kerajaan dan GLIC dapat pastikan pelaburan ini
05:58benar-benar membina keupayaan our capability,
06:01our credibility industri tempatan
06:03dan bukannya sekadar meningkatkan nilai aset
06:04atau bergantung kepada syarikat asing?
06:08Baik, kalau kita lihat dari segi pada awal tadi kita bincang tentang
06:11saiz aset GLIC yang begitu besar.
06:14Kemudian kita ada GLC pula yang mana kita sedia malum
06:20government link companies ini juga mempunyai suatu ekosistem
06:23yang melibatkan pelbagai vendor yang mana vendor ini juga terdiri
06:27daripada pelbagai jenis perniagaan yang ada yang besar dan kecil dan sebagainya.
06:33Justru dalam konteks ini yang penting adalah kita mahukan pelaburan tersebut
06:38akan menggalakkan lagi vendor-vendor yang menjadi orang kata itu
06:43penyedia perkhidmatan kepada GLC sini
06:47supaya mereka juga akan berupaya untuk scale up
06:51dan bukan sahaja terlalu bergantung perniagaan mereka kepada GLC tersebut
06:56maka mereka mampu juga untuk bercambahkan perniagaan mereka
07:01mendapatkan klien yang bukan sahaja GLC tetapi bukan GLC juga.
07:07Jadi itu yang sepatutnya yang kita mahukan supaya vendor-vendor dalam ekosistem
07:10GLC, GLC sini dan dengan bantuan GLIC ini dapat menggalakkan lagi usaha
07:18vendor-vendor yang mana di kalangan PMKS dan sebagainya ini akan dapat
07:23kata itu mendapat kesal lembahan yang positif melalui scaling up
07:29aktiviti yang akan dapat mereka kata itu beralih pula kepada pelanggan yang berbeza pula.
07:35Baik, doktor ini adalah antara situasi ataupun realiti untuk kita memahami
07:39dan kita sudah membincangkan bagaimana kerajaan menaikkan ceiling
07:42dan kini untuk meluaskan lantai melihat kepada lebih 90% pekerja
07:47tetap GLC dan GLC kini menerima sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan.
07:53Persoalannya, mampukah pencapaian ini menjadi penanda aras kepada sektor swasta
07:58atau ia hanya realistik dalam ekosistem GLC yang mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh?
08:05Betul. Sebenarnya kalau kita lihat ekosistem GLC, GLC ini berbeza dengan sektor swasta yang betul-betul genuine
08:12kerana mereka ini mempunyai, kalau GLC dan GLC mempunyai modal yang besar
08:17sudah pasti mereka mampu untuk menarik minat talent ataupun bakat untuk bekerja dengan mereka
08:23kerana mereka mampu untuk menawarkan gaji yang begitu kompetitif dengan dia punya pakej yang menarik dan sebagainya
08:30namun realiti itu amat berbeza di sektor swasta kerana mereka berhadapan dengan pelbagai peningkatan kos perniagaan dan sebagainya
08:38dan di sini pentingnya juga sekali lagi kita untuk melihat ekosistem dalam perniagaan di peringkat swasta tersebut
08:45tadi saya sebut tentang peranan GLC dan juga skillset yang mereka ada
08:50jadi kita mahukan suatu suasana ataupun ekosistem yang mahu, yang boleh orang kata itu meningkatkan
08:56apa ini, daya saing sektor swasta
08:59sudah pasti ekosistem seperti perundangan ataupun rules and regulation yang mentadbir sesuatu industri tersebut
09:06juga perlu dilihat kerana kalau di Malaysia ini kalau kita lihat dari segi pentadbirannya itu
09:11kita ada kerajaan persekutuan, kita ada kerajaan negeri, kita ada PBT dan setiap layer tersebut ada
09:20dia punya perundangan, apa ini, SOP dan sebagainya
09:24yang mana sektor swasta ini, peniaga di sektor swasta ini perlu mematuhinya
09:30dan pematuhan tersebut sudah pasti juga suatu bentuk kos kepada mereka
09:34jadi disebabkan layer yang banyak ini mungkinlah kenapa mereka cenderung untuk
09:39contoh mengambil pekerja yang bergaji murah ataupun rendah
09:42terutamanya mengambil pekerja buruk asing sebagai contoh
09:46jadi kita perlu lihat balik selain pada modal
09:49tapi melihat ekosistem perundangan atau rules and regulation
09:53yang supaya kita mahukan suatu pengalaman yang baik untuk bagi sektor swasta ini
09:58apabila mereka buat perniagaan itu mudah
10:01kalau nak bayar pejukan pun mudah
10:03kalau nak bayar lesen pun mudah, senang nak buat perniagaan
10:05jadi perkara-perkara itu perlu diperhatikan supaya itu akan meningkatkan lagi
10:09selera risiko ataupun risk appetite di kalangan sektor swasta ini
10:13baik itu adalah antara aspek yang kita perlu teliti dengan lebih mendalam
10:19kerana apabila kita bercakap mengenai perancangan ia akan lebih terlihatan di waktu pelaksanaan
10:24dan kita tahu gear up kini memasuki fasa pelaksanaan
10:27jadi apa antara petunjuk prestasi utama atau KPI yang sepatutnya dinilai oleh rakyat
10:32terutamanya dalam tempoh 2 hingga 3 tahun akan datang doktor
10:36ini sudah itu untuk pastikan sama ada program ini benar-benar berjaya
10:40dan secara realitinya bukan hanya untuk sekadar mencapai sasaran perbelanjaan
10:44pandangan doktor?
10:46baik kalau angka saya suka melihat data yang terkini yang dikongsi oleh pihak dosa
10:53seperti apa itu compensation on employees
10:57yang mana pada tahun lalu kita dapat melihat ataupun menyaksikan peningkatan yang sedikitlah
11:02kepada 33.9% pada tahun 2025 berbanding 33.7% macam itu
11:09berlaku peningkatan sedikit
11:11namun angka tersebut masih rendah kalau dibandingkan pada ketika sebelum COVID
11:16iaitu 37% yang telah dicapai pada waktu tahun 2020
11:20justru itu menunjukkan bahawa kek ekonomi itu ataupun laba ekonomi itu
11:25masih lagi dinikmati oleh golongan ataupun sektor perniagaan
11:29dan juga sudah pasti sektor ataupun pemegang saham lah
11:32yang mana kita sedia maklum ini menunjukkan bahawa terdapat kesenjangan dalam
11:36kedudukan ekonomi ini
11:38jadi justru
11:39sasaran dalam ekonomi madani
11:41iaitu COE ini untuk dicapai
11:44sekitar 45% itu
11:46saya kira itu satu penanda aras yang penting
11:48yang harus dicapai
11:50bagi memastikan
11:51usaha giraan sebagai contoh ini
11:54ada satu menemui titik kejayaan sebenarnya
11:57selamat menikmati
Comments