00:00Tentera Amerika Syarikat mendakwa telah mengalih laluan 55 kapal dagang sebagai sebahagian daripada penguatkuasaan sekatan terhadap Iran.
00:07Menurut Pusat Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat Senkom menerusi hantaran dalam Platform X, operasi itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha memperketat
00:17penguatkuasaan sekatan yang dikenakan Washington ke atas Teheran.
00:23Senkom berkata anggota Tentera Laut Amerika Syarikat kini ditempatkan di atas kapal pemusnah USS Ross atau DDG-71 yang merupakan
00:32sebahagian daripada lebih 20 kapal perang yang dikerahkan ke rantau Asia Barat.
00:35Kapal-kapal tersebut menyokong pelbagai operasi ketenteraan termasuk pemantauan maritim dan penguatkuasaan sekatan terhadap Iran.
00:42Bagaimanapun, Senkom tidak mendedahkan identiti kapal-kapal yang terlibat atau menjelaskan secara terperinci keadaan yang bawa kepada tindakan mengalih haluan,
00:50melumpuhkan dan menaiki kapal berkenaan.
00:52Ketekangan antara Washington dan Teheran berlarutan sejak Februari lalu selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas sasaran
00:59di Iran.
01:01Sebagai tindak balas, Iran melancarkan beberapa siri serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan negara-negara teluk yang menempatkan aset
01:07ketenteraan Amerika Syarikat.
01:08Pada April lalu, kedua-dua negara mencapai persetujuan kejataan-sejata sebelum menandatangani Memorandum Persifahman yang diusahakan Pakistan bagi menambahkan konflik
01:17ketenteraan serta membuka laluan kepada rundingan damai.
01:20Namun, perjanjian tersebut gagal bertahan selepas kedua-dua pihak kembali saling melancarkan serangan pada bulan lalu.
Comments