00:00Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Nilai, J. Arul Kumar, dilantik sebagai pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baru berkuat kuasa hari
00:08ini.
00:09Setiausaha agung DAP, Anthony Lok, berkata pelantikan Arul Kumar dibuat secara sebulat suara oleh jawatan kuasa negeri DAP Negeri Sembilan.
00:17Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan selepas Anthony melepaskan jawatan yang disandangnya selama 22 tahun sejak 2004.
00:28Menurut Lok, pemilihan Arul Kumar disifatkan sebagai perkembangan positif yang membuktikan parti itu merupakan sebuah parti berbilang kaum.
00:36Katanya pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan dan kebolehan individu berkenaan untuk memimpin.
00:42Beliau turut menzahirkan keyakinan dan kepercayaan terhadap jawatan kuasa negeri yang baru, yang disifatkan sebagai pasukan berpengalaman, telah lama bekerjasama
00:51serta bersatu padu.
00:52Lok menambah pelantikan Arul Kumar yang juga naik pengurusi DAP kebangsaan adalah selaras dengan perlembagaan parti.
00:58Pada 3 Ogos lalu, Lok melepaskan jawatan sebagai pengurusi DAP Negeri Sembilan selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Cenah
01:05pada pilihan raya negeri Negeri Sembilan.
Comments