Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan, sebarang rundingan politik bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak semestinya berakhir dengan pembentukan kerjasama.
Transcript
00:00Sebarang rundingan politik bagi menghadapi pilihan raya negeri Melaka tidak semestinya berakhir dengan pembentukan kerjasama.
00:07Perkara itu ditegaskan Pengerusi Barisan Nasional Melaka, Datuk Seri A.B. Rauf Yusof.
00:11Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, BN terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak,
00:17namun setiap kerjasama perlu dibentuk menerusi perbincangan rasmi.
00:24Menurut A.B. Rauf, pintu rundingan bagi menghadapi PRN akan datang sentiasa terbuka,
00:29namun ia bukan jaminan sesuatu pihak akan dipilih sebagai rakan kongsi politik.
00:35Maksudnya 21 kursi dia berhimpulkan seribu satu kemungkinan.
00:39Yang tujuh kursi lagi ini bolehlah dibunding.
00:42Mungkin ada pertukaran kursi atas sifat perundingan tadi.
00:48Jadi kita tak bolehlah nak menganggap bahawa 21 kursi itu UMNO pun je.
00:52Ada juga kita tak mengambil kira dalam pelbagai sudu kekuatannya, kelemahannya, kelebihannya
00:57dan kita juga akan mengukur berbagai sudut bagaimanakah kekuatan sesuatu parti itu boleh membantu satu parti lagi yang menang.
01:04Jadi saya selalu tegaskan bahawa kita jangan buat rumusan dalam apa juga perbincangan yang tidak ada rasminya.
01:12Saya selalu kata, kali ini kita bernikah biar berkadi, biar bersaksi.
01:16Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Petak Bidang Kerajaan Negeri
01:22di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC Air Keroh pada Isnin.
01:27Mengenai tarikh pembubaran Jun Melaka, Eby Rao pun beri bayangan masanya akan ditentukan mengikut keadaan
01:33dengan menyifatkannya sebagai, bila buah masak, baru kita tuai.
01:38Jun Melaka dijangka terbubah secara otomatik pada Desember ini, sekaligus membuka laluan kepada PRN Melaka.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended