Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pernyataan tuntutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Tuan Ibrahim Tuan Man yang dinamakan sebagai defendan telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang merujuk kepadanya ketika berucap dalam satu ceramah politik di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau pada 14 Jun lepas di hadapan orang awam dan wakil media yang hadir.
Transcript
00:00Baik, perkembangan seterusnya Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim pada Isnin menfaalkan saman fitnah terhadap timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan
00:08Ibrahim Tuan Man berhubung kenyataan yang dibuat semasa satu ceramah politik di Pahang Jun lalu.
00:14Memetik bernama Anwar selaku pelintih menfaalkan tuntutan itu menerusi firma Guaman Tertuan S.N.N.N. Partners di Mahkamah Tinggi
00:23Kuala Lumpur dan menamakan Tuan Ibrahim sebagai defendant.
00:30Pernyataan tuntutan Anwar mendakwa defendant telah mengeluarkan kenyataan berbaru fitnah yang merujuk kepadanya ketika berucap dalam satu ceramah politik di
00:38Felda Jendera Utara Kuala Kerao pada 14 Jun lalu di hadapan orang awam dan wakil media yang hadir.
00:44Beliau berkata klip video ucapan itu kemudian dimuat naik, diterbitkan atau diterbitkan semula di sebuah akaun YouTube.
00:51Menurut pelintih setakat tarikh pemfailan tindakan saman itu, klip video berdurasi 11 minit tersebut telah menerima lebih 20 ribu tontonan.
01:00Anwar berkata pada 8.08 pagi 15 Jun lalu, Tuan Ibrahim telah menerbitkan video klip yang mempunyai kenyataan fitnah itu
01:07menerusi akaun Facebook rasminya dan pada 24 Jun lepas.
01:11Ia turut dimuat naik di akaun Facebook PAS Pahang.
01:15Beliau mendakwa perkataan fitnah itu secara khusus dan langsung merujuk kepada diri, watak, integriti, jawatan, profesyen atau kedudukannya sebagai Perdana
01:25Menteri.
01:26Anwar berkata perkataan-perkataan memfitnah itu adalah tidak benar, palsu, tidak berasas, keterlaluan dan berniat jahat serta diungkap atau diterbitkan
01:36tanpa sebarang fakta atau bukti sokongan munasabah.
01:39Perdana Menteri berkata beliau tidak pernah campur tangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menentukan, memilih, mengundi atau
01:47melantik yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam proses perlembagaan atau adat yang berkaitan dengannya di negeri berkenaan.
01:54Jelas Anwar disebabkan tindakan Defendant itu, beliau mengalami kerosakan serius terhadap reputasi, watak, maruah, integriti, kredibiliti, nama baik serta kedudukannya
02:05secara pribadi mahupun dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri dan jawatan lain di sandangnya.
02:10Oleh itu, beliau memohon perintah injangsi untuk menghalang Tuan Ibrahim atau wakilnya daripada terus menerbitkan atau menerbitkan semula perkataan-perkataan
02:19memfitnah itu.
02:21Perdana Menteri juga menuntut Defendant memadamkan penerbitan fitnah di mana-mana akaun media sosial, platform atau penerbitan yang berada dalam
02:28milikan, jagaan atau kawalannya.
02:31Selain ganti rugi am, Anwar menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relief lain yang difikirkan adil dan wajar
02:39oleh mahkamah.
Comments

Recommended