Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh vendor tempatan serta meningkatkan daya saing sektor swasta melalui pembaharuan ekosistem perniagaan dan penyederhanaan peraturan.
Transcript
00:00Saiz aset syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC serta syarikat berkaitan kerajaan GLC yang besar perlu dimanfaatkan bagi memperkukuh daya saing
00:10vendor tempatan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS.
00:14Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalan Malaysia Berhad Dr. Mohd Afzan Nizam Abdul Rashid, GLC memiliki rangkaian vendor daripada pelbagai saiz
00:23perniagaan dan setiap pelaburan serta perolehan yang dilaksanakan seharusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan vendor supaya mereka mampu meningkatkan kapasiti, mengembangkan
00:34operasi serta menarik pelanggan di luar ekosistem GLC dan GLIC.
00:44yang melibatkan pelbagai vendor yang mana vendor ini juga terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan ada yang besar dan kecil dan
00:54sebagainya.
00:54Justru dalam konteks ini yang penting adalah kita mahukan pelaburan tersebut akan menggalakkan lagi vendor-vendor yang menjadi orang kata
01:05itu penyedia perkhidmatan kepada GLC ini supaya mereka juga akan berupaya untuk scale up dan bukan sahaja
01:14terlalu bergantung perniagaan mereka kepada GLC tersebut maka mereka mampu juga untuk bercambahkan perniagaan mereka mendapatkan klien yang bukan sahaja
01:25GLC tetapi bukan GLC juga.
01:28Pada masa sama beliau berkata ekosistem syarikat GLC dan GLC tidak boleh disamakan dengan sektor swasta kerana kedua-duanya mempunyai
01:38kelebihan dari segi modal sekaligus membolehkan mereka menawarkan gaji dan pakej pekerjaan yang lebih kompetitif bagi menarik bakat terbaik.
01:46Katanya realiti yang dihadapi sektor swasta jauh berbeza apabila syarikat perlu berdepan peningkatan kos operasi serta kekangan kewangan yang menjejaskan
01:56keupayaan mereka untuk bersaing mendapatkan tenaga kerja berkualiti.
02:00Beliau berkata usaha memperkukuh daya saing sektor swasta tidak boleh tertumpu kepada aspek pembiayaan semata-mata.
02:08Sebaliknya, perlu disokong oleh ekosistem perniagaan yang lebih kondusif termasuk memanfaatkan kepakaran dan pembangunan bakat yang diwujudkan dalam ekosistem GLC.
02:17Kerajaan juga perlu menilai semula rangka kerja perundangan dan peraturan yang mengawal selia aktiviti perniagaan kerana syarikat ketika ini perlu
02:26mematuhi pelbagai keperluan di peringkat persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan PBT yang akhirnya meningkatkan kos pematuhan.
02:35Beliau berkata demikian dalam niaga awal ini pada Isnin.
Comments

Recommended