Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Sektor komoditi dan industri berasaskan komoditi mencatatkan sumbangan sebanyak RM19.65 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026, meningkat berbanding RM18.95 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata dalam tempoh sama, eksport produk berasaskan komoditi turut menjana RM41.62 bilion kepada negara, namun pencapaian itu tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan angka semata-mata.
Transcript
00:00Sektor komoditi dan industri berasaskan komoditi mencatatkan sumbangan RM19.65 bilion kepada keluaran dalam negeri kasar KDNK bagi suku pertama
00:102026.
00:11Menteri Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata jumlah itu meningkat berbanding RM18.95 bilion bagi tempoh sama
00:20tahun lalu.
00:24Beliau berkata dalam tempoh sama ekspor produk berasaskan komoditi turut menjana RM41.62 bilion kepada negara.
00:32Namun pencapaian itu tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan angka semata-mata.
00:37Jelasnya peningkatan ekspor dan produktiviti perlu diterjemah kepada penciptaan nilai tambah dalam negara serta peningkatan pendapatan pekebun kecil.
00:46Ini sekaligus membuka peluang kepada lebih ramai pemain industri dan usahawan mendapat manfaat daripada pembukaan pasaran baharu.
00:55Noraini berkata kementerian juga akan terus memperkasa agenda peralihan tenaga melalui program biodiesel negara serta pembangunan industri biobahan api.
01:03Termasuk meneroka potensi penggunaan minyak masak terpakai dalam penghasilan bahan api penerbangan destari.
01:11Menurutnya perkembangan itu menunjukkan sektor agri-komoditi kini bukan lagi hanya tertumpu kepada hasil ladang.
01:17Sebaliknya menjadi sebahagian daripada agenda tenaga teknologi, kelestarian dan ekonomi masa depan negara.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended