00:00Kementerian Ekonomi kini dalam fasa akhir proses saringan mengenai cadangan peruntukan pembangunan bagi belanjawan 2027 sebelum dapatan itu dikemukakan kepada
00:10Kementerian Kewangan MOF menjelang pertengahan bulan ini.
00:14Menterinya, Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata proses penyediaan belanjawan melibatkan beberapa peringkat termasuk pengumpulan cadangan daripada agensi di bawah kementeriannya.
00:28Akmal Nasrullah berkata proses itu bukan sekadar meneliti cadangan peruntukan baharu malah turut mengambil kira projek sambungan bagi memastikan pelaksanaan
00:37pembangunan yang dirancang dapat diteruskan secara berkesan.
00:41Beliau berkata Kementerian turut memastikan perancangan yang digariskan menerusi rancangan Malaysia ke-13 RMK13 diambil kira dalam penyediaan peruntukan pembangunan
00:502027.
00:51Jelasnya dalam hal ini, tumpuan terarah kepada memperkasa keupayaan kerajaan melaksanakan agenda pembangunan yang telah dirancang.
01:00Menurut beliau, sebahagiannya telah diluluskan dalam rancangan boleh pinda pertama RP1.
01:05Bagaimanapun, Akmal berkata bagi RP2 pula terdapat beberapa perkara terutama aspek infrastruktur dan dana pembangunan kerajaan dapat dipercepat ke arah
01:15industri pertumbuhan tinggi.
Comments