00:00Bintang bola sepak musim, Muhammad Salah menerima sambutan luar biasa daripada ribuan penyokong Trabzon Spong sebaik tiba di Trabzon, Turki.
00:07Penyokong klub itu berharap kehadiran Salah mampu membantu Trabzon Spong mencabar kejuaraan Liga Super Turki selepas pemain berusia 34 tahun
00:15itu dijangka menandatangani kontrak secara rasmi pada Khamis.
00:21Trabzon Spong sepuluh ini mengesahkan sedang mengadakan rundingan dengan bekas penyerang Liverpool itu.
00:26Pengurusi klub berkata mereka menjangkakan Salah akan menyertai pasukan secara perpindahan percuma dalam satu majlis rasmi di Bandar Laut Hitam
00:35itu pada Khamis.
00:36Salah meninggalkan Liverpool musim panas ini selepas sembilan tahun bersama klub Liga Perdana Inggeris itu.
00:41Sepanjang tempohnya di Anfield, beliau menjaringkan 257 gol dalam 442 penampilan selain membantu Liverpool memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris
00:50dan satu trofi Liga juara-juara Eropah.
00:52Trabzon Spong yang sering dianggap sebagai klub keempat terbesar di Turki menambahkan musim lalu di tangga ketiga Liga Super Turki.
00:59Klub itu juga akan beraksi dalam pusingan playoff Liga Eropah musim ini.
01:03Kejuaraan Liga terakhir Trabzon Spong dicapai pada musim 2021-2022 dan penyokong kini berharap kehadiran Salah mampu mengembalikan klub itu
01:11ke puncak bola sepak Turki.
01:13It's incredible to have these fans here now.
Comments