00:00Baik, seterusnya program dokumen pendaftaran pelarian DPP yang dilaksanakan kementerian dalam negeri KDN menerusi Jabatan Migrasi Malaysia JIM dilihat masih
00:10memerlukan penambahbaikan.
00:12Pensyarahkanan Impuma Universiti Malaya Aslam Abdul Jalil berkata penambahbaikan itu melibatkan tempoh pelaksanaan program selain keputusan untuk tidak membenarkan UNHCR
00:23membuat pendaftaran pelarian atau pencari suaka baru sepanjang tempoh tersebut.
00:28Ini kerana ia berisiko mewujudkan jurang perlindungan terhadap golongan pelarian.
00:35Saya merasakan bahawa DPP ini usaha yang baik.
00:38Cumanya banyak perkara yang perlu ditambah baik contohnya dari segi fasa pelaksanaannya akan dilaksanakan sehingga 31 Disember 2029 dan dalam
00:51masa yang sama UNHCR tidak boleh mendaftar pelarian ataupun pencari suaka yang lain.
00:57Ini akan mewujudkan risiko perlindungan kepada golongan pelarian itu sendiri.
01:02Itu yang pertama.
01:04Yang kedua, saya ingin melihat DPP ini bukan sekadar langkah pendaftaran semata-mata.
01:10Sebaliknya, DPP ini perlulah merupakan salah satu daripada dasar komprehensif kepada golongan pelarian merangkumi pendokumenan ataupun pendaftaran hak kepada akses
01:24kepada kerja, akses kepada pendidikan dan juga akses kepada kesihatan.
01:29Untuk rekod, KDN menerusi JIM melaksanakan DPP bagi mengurus isu pelarian secara tersusun selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara No.
01:3823 Semakan 2023.
01:41Program itu diwujudkan bagi membolehkan kerajaan memperoleh data biometrik dan maklumat identiti lebih tepat, lengkap dan boleh disahkan mengenai individu
01:50yang berada dalam kategori pelarian.
01:51KDN menyasalkan proses pendaftaran ke atas golongan ini diselesaikan sepenuhnya pada 31 Disember 2029.
Comments