00:00Permintaan tuntutan di bawah skim lindung 24 jam kendalian perkeso meningkat lebih 3 kali ganda pada Julai dengan bayaran faedah
00:08mencecah RM3.45 juta.
00:11Peningkatan itu mencerminkan keperluan perlindungan sosial yang lebih menyeluruh kepada pekerja, terutamanya apabila berlaku kemalangan di luar waktu bekerja.
00:22Menurut kenyataan perkeso, sebanyak 2,135 permohonan faedah lindung 24 jam direkodkan sepanjang Julai.
00:30Meningkat lebih 3 kali ganda berbanding 616 kes pada bulan sebelumnya.
00:34Bagi tempoh 1 hingga 31 Julai, lebih 90% tuntutan diluluskan dalam tempoh keseluruhan proses kurang 5 hari dengan jumlah
00:43bayaran mencecah RM3.45 juta kepada 2,508 penerima.
00:48Bayaran itu meliputi pelbagai faedah termasuk bayaran ganti belanja perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah pengurusan mayat, faedah orang tanggungan
00:58serta alatan pemulihan dan implan.
01:00Alatan pemulihan dan implan mencatat bayaran tertinggi iaitu lebih RM2.5 juta, manakala lebih RM842,000 disalurkan melalui faedah hilang
01:12upaya sementara, bagi membantu pencarum yang kehilangan pendapatan ketika cuti sakit.
01:17Menurut Perkeso, bagi 2 bulan pertama pelaksanaan skim itu bermula Jun hingga Julai, sebanyak 2,751 tuntutan diterima dengan purata
01:2845 kes sehari, manakala jumlah bayaran faedah mencecah RM4.69 juta.
01:35Perkeso berkata peningkatan tuntutan ini membuktikan keperluan pelindungan sosial yang menyeluruh kepada pekerja tanpa mengira masa atau lokasi kemalangan,
01:44selain akan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan dengan memastikan tuntutan diproses secara pantas dan bantuan disalurkan secepat mungkin.
01:53Lindung 24 jam mula dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu bagi memberi perlindungan kepada pekerja yang mencarum lindung pekerja sekiranya berlaku
02:01kemalangan di luar waktu bekerja di dalam negara.
Comments