Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Bila bercakap tentang masyarakat menua, cabarannya bukan soal kewangan sahaja.

Bagaimana pula nasib warga emas yang tiada anak, tinggal bersendirian atau berjauhan daripada keluarga?

Menurut Pegawai Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Chai Sen Tyng, negara perlu membangunkan ekosistem penjagaan jangka panjang yang mampan, melibatkan perkhidmatan penjagaan profesional, komuniti dan NGO bagi memastikan kebajikan warga emas terus terpelihara.

Transcript
00:00Dan di sinilah bila kita kata nisbah tanggungan itu betul-betul
00:04merunsingkan, dia tak semestinya dari segi kewangan ataupun
00:07tanggungan ataupun pemberian anak-anak kepada wangga emas.
00:12Dia sebenarnya juga mencakupi ya aspek dari segi siapa yang
00:16akan menjaga wangga emas ini. Sebab kalau mereka tidak ada
00:20anak, kalau tidak ada perkhidmatan di rumah ataupun
00:23tidak ada perkhidmatan penjagaan yang rapi, maka isu
00:27ataupun tanggapan masyarakat kita, oh jangan risau wangga emas ini
00:31akan dijaga oleh anak-anak. Tapi kalau wangga emas itu tak ada
00:34anak ataupun anak itu tinggal berjauhan, siapakah yang akan
00:38memberi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut? Dan di sinilah lahirnya
00:42konsep penjagaan jangka panjang yang cuba diperkenalkan oleh
00:47Rancangan Malaysia ke-13. Buat julung kalinya disebut ya bahawa
00:51kita memerlukan satu ekosistem penjagaan jangka panjang yang
00:55dan ini adalah satu reaksi ya kepada perubahan demografi dan
01:01juga perubahan peranan kerajaan. Mungkin sebelum ini kerajaan
01:04tidak perlulah memikirkan tentang sistem penjagaan jangka panjang
01:08sebab semua orang ada keluarga tetapi kita lihat di sini kita
01:12perlu beransur-ansur ya memindahkan tanggungjawab kekeluargaan
01:17ini disokong dan dibantu oleh perkhidmatan penjagaan berbayar
01:22ataupun oleh masyarakat-masyarakat komuniti civil society ya
01:29atau NGO-NGO dan inilah yang sedang berlaku sekarang kerana
01:33apa-apa yang kita commodify atau tukar kepada perkhidmatan
01:37maka perlu ada pemantauan dan juga kawal selia dari segi kualiti ini.
01:42terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended