Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kongres Tahunan PKR yang akan diadakan bulan ini, akan menjadi platform untuk parti menilai semula kekuatan dalaman serta mengambil iktibar daripada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik bertemu semula, Kongres Tahunan PKR yang akan diadakan bulan ini akan menjadi platform untuk parti menilai semula kekuatan dalaman
00:08serta mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya negeri PRN Johor dan Negeri Sembilan.
00:14Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Fahmi Fazil berkata, perwakilan juga dijangka membincangkan pelbagai aspek penambahbaikan termasuk melibatkan kekuatan jentera, persiapan
00:27calon, tugasan pemimpin dan perwakilan serta perkara berkaitan dasar kerajaan.
00:32Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Kongres dijaduakan pada 14 hingga 16 Ogos itu turut menjadi platform untuk meneliti tindakan
00:41dalaman parti termasuk aspek jentera, pembahagian tugasan, persiapan calon serta perkara berkaitan dasar kerajaan yang mungkin dikemukakan perwakilan.
00:51Beliau berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan parti dapat melakukan penambahbaikan serta membuat persediaan menghadapi cabaran akan datang.
Comments

Recommended