00:00Polis Diraja Malaysia PDRM akan menghantar pasukan pegawai penyiasat dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Bukit Aman ke Jakarta,
00:10Indonesia minggu depan.
00:12Penghantaran pasukan itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan rangkaian sindiket yang dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan dadah membabitkan seorang
00:24juruterbang Malaysia.
00:28Memetik bernama pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Husin Omahan berkata, pasukan itu akan berada di Jakarta dari 11 hingga 15
00:36Ogos bagi membantu melengkapkan siasatan termasuk mengenalpasti sumber bekalan dadah, kaedah penyeludupan serta kemungkinan kaitan suspek dengan sindiket di Indonesia.
00:47Katanya PDRM akan meneliti dari segi keseluruhan pengedaran dadah ini meliputi sumber bekalan, sedikit yang terlibat, cara dadah itu diperoleh.
00:59Pihaknya turut meneliti cara suspek boleh melepasi tapisan keselamatan di pintu keluar lapangan terbang antarbangsa Kuala Lumpur KLIA serta kaitannya
01:07dengan sindiket di Indonesia.
01:09Tambah beliau, siasatan itu penting bagi mengenalpasti keseluruhan rantaian pengedaran termasuk kemungkinan penglibatan pihak lain.
01:18Mengulas kedudukan suspek yang kini berdepan proses undang-undang di Indonesia, Husim berkata, tiada permohonan ekstradisi akan dibuat dan juruterbang
01:27tersebut perlu menjalani proses perundangan di negara itu.
01:31Sebelum ini, media melaporkan seorang juruterbang berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3 lapangan terbang antarbangsa Soekarno
01:40-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kg dadah.
Comments