00:00Seterusnya, kebajikan penduduk di Parlimen Ampang akan terus diperkasa menerusi penyelarasan lebih sistematik sesulan pelantikan setiausaha politik kepada Perdana Menteri,
00:10Dato' Azman Abidin sebagai penyelaras Parlimen Ampang.
00:14Azman berkata, amanah yang diberikan itu akan dimanfaatkan untuk memastikan segala bentuk bantuan dan inisiatif kebajikan kerajaan dapat disampaikan kepada
00:25penduduk secara lebih teratur, cekap dan menyeluruh.
00:29Beliau berkata, orang ramai yang memerlukan bantuan berkaitan kebajikan di Parlimen Ampang boleh mengemukakan permohonan kepada Pejabat Setiausaha Politik Perdana
00:38Menteri untuk tindakan dan penyelarasan lanjut.
00:42Menurutnya, beliau bersama pasukan akan melaksanakan amanah itu dengan penuh komitmen dan berintegriti bagi memastikan kebajikan penduduk Ampang sentiasa menjadi
00:52keutamaan.
Comments