Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket pemalsuan pasport bagi membantu warga asing menjalani saringan kesihatan pekerja asing dengan FOMEMA, disyaki didalangi warga Indonesia dalam operasi di dua lokasi di ibu negara pada Selasa malam.
Transcript
00:00Baik, seterusnya satu sindiket pemasuan pasport bagi membantu warga asing menjalani saringan kesihatan pekerja asing dengan formema di Syakir didalangi
00:11warga Indonesia tumpas dalam operasi di dua lokasi di Ibu Negara pada selasa malam.
00:16Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Shaaban berkata dalam itu ditahan bersama dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang disyakir
00:26ahli sindiket terbabit dalam serbuan di Taman Seri Kuching serta Taman Bukit Ceras itu.
00:34Menurutnya operasi bermula jam 11 malam itu dijalankan bahagian perisikan dan operasi khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selepas risikan selama
00:43sebulan serta maklumat awam.
00:45Pasukan itu ke permis kediaman dan menahan seorang lelaki Indonesia dipercayai dalang.
00:50Seorang lelaki dan seorang wanita Indonesia pula dipercayai ahli sindiket turut ditahan serta kesemua mereka berusia antara 30 hingga 50
00:59tahun.
01:00Zakaria berkata semangkan awal pihaknya mendapati dalang utama memiliki pas lawatan kerja sementara PLKS bagi sektor pembinaan manakala dua lagi
01:09suspek didapati tinggal lebih masa.
01:11Katanya sebanyak 119 pasport merangkumi 85 Indonesia, 22 Myanmar dan 7 Bangladesh dipercayai palsu disita dalam operasi berkenaan.
01:21Turut disita masing-masing dua pasport Vietnam dan India serta satu pasport Nepal selain sebuah mesin pencetak, telefon bimbit dan
01:29wang tunai RM1,500 dipercayai hasil kegiatan sindiket.
01:34Zakaria berkata siasatan menunjukkan sindiket itu menawarkan perkhidmatan kepada warga asing di sekitar lembah Kelang yang mahu menjalani saringan Fomema
01:43namun gagal pemeriksaan atau berstatus tidak layak.
01:47Pasport dipalsukan dengan dipindah atau diubah suai bagi membolehkannya digunakan ketika proses saringan kesihatan babitkan bayaran antara RM80 hingga RM130
01:56bagi setiap satu.
01:58Katanya dalam utama ditahan mengikut Seksyen 12.1F Akta Pasport 1966 manakala dua lagi suspek ditahan mengikut Seksyen 61C Akta
02:07Imigresin 1959-63.
Comments

Recommended