Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber berkata ancaman yang diterimanya berkaitan kes kematian bekas suaminya, Nurima berkata ancaman itu mempunyai kaitan dengan ibunya.
Transcript
00:00Saksi utama dalam perbicaraan saman sivil bernilai RM190 juta terhadap polis diraja Malaysia, PDRM dan 11 defendant lain, mendakwa pernah
00:10menerima ancaman terhadap dirinya, keluarga serta anak-anak.
00:15Nurima Juli, 36 tahun, berkata demikian ketika menyambung keterangannya di hadapan pesuruh jaya kehakiman Steve Ritikos di Mahkamah Tinggi Tawau
00:24hari ini.
00:26Ketika disoal Pegom Kanan Persekutuan Marziyatun Nisa Ahmadul Kabir mengenai bentuk ancaman yang diterimanya berkaitan kes kematian bekas suaminya, Nurima
00:35berkata ancaman itu mempunyai kaitan dengan ibunya.
00:38Bagaimanapun, saksi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai ancaman berkenaan. Nurima kemudian menangis ketika mengenangkan ibunya, menyebabkan proseding ditangguhkan selama kira
00:47-kira 13 minit bagi membolehkan dia berehat.
00:50Nurima turut memberitahu mahkamah, dia pernah bertemu beberapa individu dalam satu bilik mesyuarat yang dihadiri ramai anggota dan pegawai polis.
00:59Menurutnya, dia tidak mengetahui nama mereka dan tidak dapat mengingatinya satu persatu, termasuk beberapa individu yang pernah ditemuinya ketika berada
01:07di Kuala Lumpur.
01:08Nurima berkata keadaan memorinya pada ketika itu tidak begitu baik.
01:12Nurima kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Tawau selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan niat membunuh bekas suaminya,
01:21Nurman Bakaratu, 61 tahun, 3 tahun lalu.
Comments

Recommended