Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Jelajah Malaysia Digital (JMD) 2026 akan bermula di Selangor pada Sabtu ini dengan sasaran 500,000 capaian, menawarkan pelbagai program kemahiran, teknologi dan peluang ekonomi digital kepada rakyat.
Transcript
00:00Kementerian Digital Menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau MDEC akan melancarkan Jelajah Malaysia Digital JMD 2026 di Dewan Komuniti Damansara,
00:10Damais, Lango pada Sabtu ini bagi membawa kemahiran teknologi dan peluang ekonomi digital lebih dekat kepada rakyat.
00:16MDEC dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan pelancaran itu menjadi pembuka tirai kepada siri jelajah di lima lokasi seluruh negara yang
00:24bertujuan merapatkan jurang digital antara komuniti bandar, pinggir bandar dan luar bandar.
00:29Menurut kenyataan itu, JMD 2026 menyaksikan 500 ribu capaian dan perlibatan rakyat secara fizikal serta dalam talian khususnya dalam kalangan
00:38pelajar, belia, pencari pekerjaan, bekerja bebas dan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS.
00:45JMD yang terbuka secara percuma kepada orang ramai akan menampilkan sesi perkongsian industri, bengkel praktikal, demonstrasi robotik dan drone, permainan
00:54digital, jualan secara langsung, pameran usahawan tempatan, sesi jaringan serta pendaftaran minat bagi program latihan, keusahawanan dan kerjaya digital MDEC.
01:03Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan di kaunter kumpulan wang simpanan pekerja, mendaftar MyDigitalID serta memperoleh maklumat mengenai aplikasi MyGOV.
01:13Selepas selangor, sedi jelajah itu akan diteruskan ke Dewan Bistari Air Keruh Melaka pada 15 Ogos sebelum ke Kucing di
01:20Sarawak, baga datuk di Perak dan Pahang.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended