Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan berusaha sebaik mungkin membantu golongan muda mendepani pelbagai isu semasa. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sesi Temu Anwar dan Himpunan Anak Muda Antarabangsa (HAMKA) 2026 di Klang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, seterusnya kerajaan akan berusaha sebaik mungkin dalam kemampuan yang ada untuk membantu golongan muda mendepani pelbagai cabaran dan isu
00:07semasa.
00:08Menurut Perdana Menteri Dato' Syedera Ibrahim, komitmen itu dizahirkan selepas beliau mendengar sendiri pandangan dan cadangan daripada golongan muda semasa
00:16yang punak-nak muda antarabangsa atau HAMKA 2026 di Kelang pada Khamis.
00:22Menurut beliau, generasi muda hari ini berdepan dunia yang semakin kompleks dengan pelbagai perbezaan pendapat dan pertembungan idea yang perlu
00:30ditangani secara matang.
00:32Perdana Menteri berkata beliau mengambil maklum pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh golongan muda berhubung isu-isu yang memberi kesan kepada
00:39kehidupan mereka.
00:40Mengulas mengenai Himpunan Anak Muda Antarabangsa atau HAMKA 2026, Anwar berkata nama program itu mengiakkan beliau kepada tokoh ulamak dan
00:49sastrawan terkenal Nusantara, Abdul Malik Karim Amarullah atau HAMKA.
00:53Menurut beliau, HAMKA bukan sahaja dikenali sebagai seorang pemikir dan ilmuwan tersohor, malah digelar sebagai singa podium dan pahlawan pena
01:02kerana ketegasan dan keberaniannya dalam menyampaikan pandangan.
01:06Anwar berkata pemikiran dan karya tokoh berkenaan telah meninggalkan kesan mendalam kepada generasi muda di rantau ini.
01:14Katanya HAMKA mengajarkan kepentingan ilmu, keberanian menyatakan pandangan dan keterbukaan dalam menerima serta mengembangkan idea demi kemajuan masyarakat.
Comments

Recommended