Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Anwar berkata kerajaan turut mengambil kira perubahan landskap ekonomi dan pekerjaan yang menyaksikan semakin ramai anak muda menceburi ekonomi digital, perniagaan kecil-kecilan dan pekerjaan gig.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan dijangka mengumumkan satu atau dua inisiatif penting untuk golongan belia menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
00:09Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan meneliti pandangan dan cadangan anak muda sebelum menentukan langkah terbaik yang
00:17boleh dilaksanakan.
00:20Saya akan dengar, minta beberapa pandangan lain dikemukakan dan menjelang 31 Ogos tahun ini, saya akan dapat ada satu dua
00:33pengumuman penting bagi negara.
00:36Kemudian saya akan ke Kuching, 16 September, hari Malaysia. Jadi 30 Ogos semalam, satu pengumuman beberapa golongan ini.
00:46Saya akan ambil kira juga tuntutan anak muda. Kemudian 16 September, kemudian awal Oktober belanjawan tahun ini.
00:54InsyaAllah saya dengar, saya teliti, ada keupayaan, kita akan lakukan yang sebaiknya, terutama bagi anak muda.
01:03Anwar berkata kerajaan mengambil kira perubahan skep ekonomi dan pekerjaan yang menyaksikan semakin ramai anak muda menceburi ekonomi digital, perniagaan
01:13kecil-kecilan dan pekerjaan gig.
01:15Katanya, kerajaan akan mempermudah akses pembiayaan tabung ekonomi kumpulan usaha niaga nasional tekun bagi graduan yang mahu memulakan perniagaan.
01:25Selain itu, belia turut memberi perhatian terhadap keperluan golongan OKU, individu autisma dan mereka yang berdepan isu kesihatan mental dalam
01:33persediaan belanjawan akan datang.
01:36Isu kesihatan mental ini isu yang patut dipandang berat. Jadi saya setuju dan dalam belanjawan negara, kita akan cuba tangani
01:48sedaya upaya kita tanpa masalahan.
01:52Kesihatan mental, OKU, autism.
01:55Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended