00:00Lebih 100 orang dikualtiri terkorban selepas sebuah lombong emas runtuh
00:04dalam kejadian berskala besar di barat Republik Afrika Tengah, CAR.
00:09Ia berlaku di tapak pelombongan terbuka di perkampungan Zamboye,
00:13kira-kira 50km dari bandar Babuah, berhampiran sempadan Kamerun.
00:20Ratusan pelombong tradisional dipercayai sedang bekerja ketika struktur beberapa terong bawah tanah runtuh
00:26menyebabkan mereka tertimbus di dalam lubang galian.
00:28Sumber tempatan dan sukarelawan palang merah menyifatkan kejadian itu sebagai malapetaka besar
00:34dengan usaha mencari dan menyelamat berdepan kekangan peralatan berat.
00:39Timbalan Datuk Bandar Kawasan Berkenaan, Soliman B. berkata,
00:43penduduk terpaksa menggunakan kaedah manual untuk menggali timbunan tanah dalam usaha mencari mangsa.
00:48Sementara itu, pendakwa raya tempatan mengesahkan satu siasatan dilakukan
00:51bagi mengenalpasti pihak yang mengendalikan tapak pelombongan haram berkenaan.
00:55Pihak berkuasa Kamerun turut menyatakan kesiapsiagaan menerima dan merawat mangsa
01:01yang cedera di hospital berhampiran termasuk di Garuah Bulai.
01:06Sekurang-kurangnya empat daripada mangsa yang terkorban dilaporkan merupakan warga Kamerun.
01:11Perlombongan emas secara artisanal menjadi sumber pendapatan utama jutaan penduduk Afrika.
01:16Namun, kekurangan kawal selia dan piawaian keselamatan sering menyebabkan kemalangan maut.
Comments