Skip to playerSkip to main content
Kes Rocky: Tiada perkataan 'membunuh' dalam pertuduhan, netizen dituntut memohon maaf — Peguam

Peguam mewakili pemuda dalam insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar baru-baru ini menegaskan bahawa tiada sebarang unsur pembunuhan atau penyeksaan kejam seperti yang didakwa dan ditularkan di media social, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Peguam terbabit, Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, berkata, pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen pada Khamis secara jelas hanya menyatakan anak guamnya dituduh secara tidak munasabah menjerut seekor anjing jantan menggunakan peralatan gelung tali sehingga menyebabkan kesakitan.

Beliau memohon agar pihak media serta netizen tidak mempesongkan fakta kes atau mereka-reka cerita yang tidak wujud dalam kertas pertuduhan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792776/berita/semasa/kes-rocky-tiada-perkataan-membunuh-dalam-pertuduhan-netizen-dituntut-mohon-maaf---peguam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrocky #mahkamah #keskematiananjing

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita hormati rakam media
00:03Pertuduhan ini saya bacakan
00:05Bahawa kamu sekian hari bulan, sekian tempat, sekian waktu
00:08Dengan secara tidak munasabah
00:11Telah menjerut satu ekor anjing jantan
00:15Menggunakan tali luk sehingga menyebabkan kesakitan
00:20Ke atas Taiwan itu
00:22Oleh demikian, kamu telah melakukan salah
00:25Seperti mana seksian tadi
00:26Please tell me mana perkataan bunuh
00:30Please tell me mana perkataan seksa
00:33Please tell me mana perkataan kukul
00:36Please tell me mana perkataan memukul dengan kuat
00:41Sehingga menyebabkan kematian
00:42Rakan-rakan media, saya hormat tugas anda
00:45I respect your job
00:46Tapi jangan pesumkan sesuatu yang tidak muncul
00:50Dan juga kepada rakan-rakan kita
00:53Yang menyokong kita, rakyat Malaysia
00:55Dan juga yang menjadi labelnya netizen
00:58Please tell me di mana perkataan membunuh
01:00Kalau pertuduhan itu tidak ada perkataan membunuh
01:04So kepada mereka-mereka yang selama ini
01:06Melabelkan Shah ni seorang yang kejam membunuh dan sebagainya
01:10Saya rasa ini adalah peluang terbuka kepada anda
01:14Untuk memohon maaf kepada seorang pemuda
01:17Yang baru berusia 24 tahun
01:18Kedua
01:19Dengan jelas daripada hari itu
01:22Di dalam sidang media dan hari ini pun
01:24Dengan jelas dalam mahkamah
01:26Memang dia bukan seorang staff
01:30Daripada mana-mana jabatan
01:32He is not working with MBDK
01:35Dia merupakan seorang sukarelawan
01:39Please media
01:40Please rakan-rakan yang mendengar
01:42Tolong ambil perkara tersebut
01:45Dan akhir sekali
01:47Saya nak ulang, kita nak ulang lagi sekali
01:50Ada pun yang kata
01:51Oh jenis anjing tu adalah anjing
01:53Jenis pitbull
01:54Kita pun tak tahu ni jenis anjing baka apa ni
01:57Saya hormat kepada ketua polis Selangor
02:01Bila ketua polis Selangor kata
02:03Do not escalate
02:05Do not escalate tu adalah amaran yang bagus
02:08Daripada ketua polis Selangor
02:10Amaran yang bagus daripada PDRM
02:12Sebab jangan mereka-reka cerita
02:16Especially mereka-mereka yang ada tugas
02:18Untuk melaporkan berita yang tepat
02:21So berita yang tepatnya nombor satu
02:24Shah dituduh
02:25Di bawah Akta Kebajikan Haiwan
02:27Seksyen 29 dalam kurungan 1 dalam kurungan I
02:30Dan
02:31Dia hanya dituduh untuk
02:33Menyebabkan atau mendatangkan kesakitan
02:36Ketiga dia tidak mengaku bersalah
02:39Keempat dia mohon dibicarakan
02:41Dia telah pun diberikan jamin
02:43Sebanyak RM6,000
02:44Dan akan hadir ke mahkamah
02:45Untuk mempertahankan diri dia
02:48Kemudian kita juga nak mandunkan bahawa
02:51Bukan Shah sahaja dituduh di bawah seksyen yang sama
02:55Wanita yang didakwa
02:57Atau mendakwa dirinya sebagai pemilik anjing yang
03:00Dikenali sebagai Rocky
03:02Juga telah didakwa
03:03Dengan dua pertuduhan
03:05Dan saya rasa perkuam dia akan explain
03:08Tapi satu pertuduhan di mahkamah yang sama
03:10Akan dibicarakan bersekali
03:12Dengan Shah
03:13Dan satu lagi di mahkamah magistrate
03:16Dan saya pun tidak pasti di bawah seksyen apa
03:18Tapi
03:19Wanita tersebut ada dua pertuduhan
03:21Shah ada satu pertuduhan
03:23Terima kasih telah menonton!
03:26Terima kasih telah menonton!
03:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended