Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Lebih 30 ribu penduduk terjejas akibar banjir di wilayah Nan, Thailand sejak Rabu, dengan dua kematian dilaporkan. Banjir yg berlaku susulan hujan lebat banjit kilat dan limpahan tebing Sungai Ituy menjejaskan 13132 isi rumah dan 4 daerah. Pihak turut tingkatkan usahaa pemindahan penduduk mengerahkan aset bntuan serta menghantar 5 ribu bntuan ke kawasan terjejas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 30,000 penduduk terjejas akibat banjir di wilayah Nan, utara Thailand
00:04sejak pagi Rabu dengan dua kematian dilaporkan.
00:08Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand di DPM Banjir,
00:13susulan hujan lebat, banjir kilat dan limpahan tebing sungai itu
00:16menjejaskan lebih 13,000 isi rumah di empat daerah iaitu Puah, Tawangpa, Pupiang dan Santiso.
00:24Dua kematian dilaporkan di daerah Puah dan Tawangpa
00:27manakala pihak berkuasa kini meningkatkan usaha memindahkan penduduk
00:31terutama golongan rentan ke lokasi selamat.
00:34Pihak berkuasa berkata hujan selanjutnya boleh memurukkan keadaan
00:37justru penduduk diminta memantau paras air, taburan hujan
00:41serta amaran rasmi yang dikeluarkan.
00:44DDPM menyediakan pelbagai aset untuk operasi menyelamat dan bantuan
00:48termasuk bot dasar rata, jet ski, pump air, kenderaan meredah banjir
00:53serta kenderaan untuk memindahkan penduduk.
00:55Sebuah helikopter KA32 serta peralatan tindak balas bencana
01:00dari pusat serantau di Lampang, Chiang Rai dan Cainat
01:03turut dikerah bagi menyokong operasi bantuan.
01:08DDPM juga telah menghantar 5,000 beg bantuan
01:10untuk diagihkan kepada mangsa banjir mengikut pelan pihak wilayah.
01:14Bagi kawasan yang mana air banjir sudah surut,
01:17pihak berkuasa bersama NGO dan masyarakat setempat
01:20sedang melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan rumah,
01:24jalan raya serta kemudahan penting lain.
Comments

Recommended