Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Cadangan untuk menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tertentu ke dalam kerangka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sedia ada, dapat membantu menangani isu seperti cukai bertindih dan tekanan kos, menurut Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persekutuan Penghilang-Penghilang Malaysia, FMM mencadangkan supaya beberapa elemen utama cukai barang dan perimatan atau GST diterapkan ke dalam sistem
00:09cukai jualan dan perimatan SST bagi mengurangkan kesan cukai bertindih serta tekanan kos ke atas perniagaan.
00:16FMM berkata pendekatan itu boleh membantu menangani isu cukai yang terkumpul di sepanjang rantaian bekalan tanpa perlu kembali kepada pelaksanaan
00:25GST secara menyeluruh.
00:30Presidennya Jacob Lee Chor Kok berkata antara elemen yang boleh dipertimbangkan ialah mekanisme kredit cukai input yang membolehkan syarikat menuntut
00:38semula cukai yang dibayar ke atas input perniagaan yang layak.
00:42Menurut beliau, mekanisme berkenaan dapat mengatasi masalah berkenaan di peringkat awal berbanding bergantung kepada pengecualian cukai atau langkah pembetulan selepas
00:51pelaksanaannya.
00:52FMM turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan mekanisme kredit atau pengimbangan cukai bagi kos seperti bahan mentah, mesin, logistik, siwaan kilang,
01:03pembinaan dan perimatan perniagaan yang berkaitan.
01:06Persekutuan itu juga mahu sistem pengecualian dan pelepasan pelbagai kategori digantikan dengan mekanisme kredit atau ribat yang lebih tersusun bagi
01:15mengurangkan kesan cukai berganda.
01:17Selain itu, FMM menggesa kerajaan mewujudkan mekanisme bayaran balik yang lebih diyakini, otomatik dan dilaksanakan dalam tempoh menasabah khususnya bagi
01:26pengesport serta pengilang berintensifkan modal.
01:29Bagi barangan keperluan pula, FMM berpandangan barangan tersebut perlu dilindungi daripada beban cukai dalam harga menerusi mekanisme kadar sifar atau
01:38sistem kredit, rebat dan bayaran balik yang setara.
01:41Menurut FMM, cukai jualan dan perimatan yang digedakan ke atas pengeluaran dan penghantaran barangan eksport juga perlu boleh dikreditkan atau
01:49dibayar balik bagi memastikan produk Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
01:54Pada masa sama, Persekutuan itu mencadangkan supaya infrastruktur e-invoice dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan ketelusan transaksi serta mengelakkan penipuan.
02:04FMM bagaimanapun nyambut baik pendirian kerajaan untuk mengkalkan SST sebagai asas sistem percukaian negara ketika ini.
02:11Pada 18 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersedia mengkaji cadangan menggabungkan elemen GST ke dalam
02:20SST, nama menegaskan Malaysia tidak bercadang melaksanakan GST secara menyeluruh pada masa ini.
Comments

Recommended