Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
UM menyokong cadangan pemansuhan AUKU dan pembentukan kerangka perundangan baharu pendidikan tinggi yang disifatkan mampu memperkukuh autonomi universiti, kebebasan akademik dan suara mahasiswa.
Transcript
00:00Universiti Malaya UM menyambut baik carangan pemansuhan Akta Universiti dan College Universiti 1971 AUKU serta Usaha Kementerian Pendidikan Tinggi membangunkan
00:10kerangka perundangan baru yang lebih komprehensif bagi sektor pendidikan tinggi negara.
00:16Menurut UM, langkah itu selaras dengan agenda Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 hingga 2035 yang melalui pembentukan One Higher Education
00:26Act bagi memastikan kerangka perundangan sedia ada kekal relevan dengan perubahan landscape pendidikan tinggi.
00:33Universiti berkenaan berpandangan pembaharuan itu mampu memperkukuh autonomi institusi, kebebasan akademik, suara mahasiswa, takbir urus serta accountability universiti.
00:46Dalam kenyataan medianya, UM turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan menyumbang pandangan serta kepakaran kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan pihak
00:55berkepentingan dalam proses libat urus serta pembangunan kerangka perundangan baru itu.
01:01UM menegaskan sebarang pembaharuan perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan mengambil kira keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi serta peranan universiti dalam pembangunan
01:12mahasiswa, masyarakat dan negara.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended