Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Ewon Benedick berkata syarikat PROTUNe, yang ditubuhkan daripada sekolah yang menyertai program itu mencatat jualan keseluruhan RM1,408,632.26, dengan keuntungan bersih RM380,098.41.
Transcript
00:00Selanjutnya, program Tunas Niaga Protein Peringkat Negeri Sabah 2025
00:04merekodkan jualan keseluruhan lebih 1.4 juta ringgit sepanjang 9 bulan pelaksanaannya.
00:12Timbalan Ketua Menteri 3 Sabah, Datuk Iwan Benedict berkata,
00:16syarikat protein yang ditubuhkan daripada sekolah yang menyertai program itu
00:21mencatat jualan keseluruhan lebih 1.4 juta ringgit dengan keuntungan bersih lebih 300 ribu ringgit.
00:30Jelasnya yang juga Menteri Pembangunan, Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah
00:35pencapaian itu membuktikan kesungguhan, kreativiti dan komitmen pelajar serta guru pembimbing
00:40dalam membangunkan syarikat sekolah masing-masing.
00:42Namun kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui jumlah jualan atau keuntungan
00:47tetapi pengalaman, keyakinan serta kemahiran kepimpinan, komunikasi, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan
00:54yang berjaya dibina sepanjang pelaksanaan program.
00:57Beliau berharap pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh ini
01:01dapat melahirkan usahawan baharu yang mampu bersaing serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
01:07selaras dengan Halutuju Sabah Maju Jaya 2.0 dan Wawasan Sabah First.
01:14Program Anjuran Setco Vest Holdings Sd. Merhat, anak syarikat perbadanan pembangunan ekonomi Sabah Setco
01:19dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah itu disertai 45 sekolah di seluruh negeri
01:26dengan 15 daripadanya layak ke peringkat akhir.
01:30Ewan berkata kerajaan negeri menerusi kementeriannya terus menyokong pelaksanaan ProTune
01:34melalui peruntukan pembangunan keusahawanan yang disalurkan kepada Setco Vest
01:39bagi memastikan agenda pembangunan usahawan di peringkat sekolah dapat diteruskan.
01:43Beliau berkata, statistik alumni ProTune turut menunjukkan impak positif program itu
01:48apabila 68% melanjutkan pengajian, 21% telah bekerja, 9% sedang mencari pekerjaan
01:56manakala 2% memilih untuk menceburi bidang keusahawanan.
Comments

Recommended